28 Februari 2009

Outreach XPDC Dakwah Kinabalu-Hari ke 2.

14 Februari 2009.Rombongan XPDC Dakwah kali ini akan bertolak ke kampung Tanjung Aru.Terletak lebih kurang 1 km dari bandar sandakan tetapi kampung ini dibawah Parlimen Kinabatangan dalam DUN Sukau.

Perjalanan kekampung ini hanya melalui jalan laut.Suasana ini akan memberi cabaran kepada rombongan xpdc  yang berasal dari semenanjung apatah lagi ada yang  langsung tidak pernah menaiki bot.

DSC02867  Misi kali ini adalah Ziarah Dakwah dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung Tanjung Aru.xpdc dakwah 035

xpdc dakwah 044

Dua buah bot telah digunakan dan seramai 27 peserta telah mengikuti  misi xpdc dakwah ke kampung Tanjung Aru.

xpdc dakwah 042

Seawal jam 7 pagi peserta rombongan sudah bersiap sedia untuk menjalankan tugas.Setelah selesai memunggah barang-barang sumbangan kedalam bot,rombongan telah bertolak pada jam 8 pagi.

xpdc dakwah 051

Setelah sampai Rombongan xpdc telah disambut oleh Encik Awang Rendah yang telah berbesar hati menggunakan rumah beliau untuk aktiviti hari ini.

xpdc dakwah 069

Masyarakat disini adalah berketurunan dari suku kaum berunai dan rata-ratanya bekerja sebagai nelayan yang telah menduduki kampung ini semenjak dari tahun 1960. PAS telah bertanding sebanyak 3 kali Di Dun Sukau dimana Peti Undi di kampung Tanjung Aru Yang terbanyak mengundi PAS setiap kali pilihanraya.

DSC02879

DSC02889

Akitviti kali ini telah merapatkan lagi PAS dengan masyarakat kinabatangan.Tinjuan yang didapati penduduk kampung Tanjung Aru sudah begitu letih menunggu janji-janji BN yang banyak berjanji namun tidak menunaikan janji.Kepentingan awam seperti jambatan,kemudahan air bersih diabaikan begitu sahaja oleh pemimpin BN.Bekalan eleterik yang hanya boleh digunakan bermula jam 10 pagi lebih menyukarkan lagi penduduk kampung Tanjung Aru.

DSC02892

Cik Aiman Atirah Al-Jundi menyampaikan penghargaan kepada Encik Awang Rendah yang sudi menerima rombongan Xpdc Dakwah LajnahPenerangan Dan Dakwah Muslimat PAS Malaysia.

DSC02893

Penduduk kampung Tanjung Aru yang telah menerima sumbangan bersyukur dan berterima kasih diatas kesudian PAS menziarahi mereka seterusnya memberikan sumbangan sebagai tanda ikatan persaudaraan sesama islam yang perlu saling bantu membantu diantara satu dengan yang lain.xpdc dakwah 075

27 Februari 2009

Xpdc Dakwah & Kempen Kita Bersaudara.

Cover HB Kita Bersaudara

        Dewan Muslimat PAS Pusat dibawah Lajnah Penerangan Dan Dakwah telah menganjurkan program Xpdc Dakwah dan kempen kita bersaudara yang telah dilancarkan pada 31 Disember 2008. Pelancaran kempen ini telah dirasmikan oleh YAB. TG Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Hj.Nik Mat simbol negarawan & penyatuan ummat Malaysia.

Kerajaan Negeri Kelantan, Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dan Markaz Siswa Siswi Islam Sabah & Sarawak (MARSIS) turut menjadi penganjur bersama bagi menjayakan program ini.

Urusetia Pelaksana projek ini yang di pengerusikan oleh Saudari Aiman Atirah Al-Jundi selaku Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia & Pengerusi Lajnah Penerangan Dan Dakwah Muslimat PAS Pusat telah memilih negeri Sabah bagi negeri yang pertama di Malaysia memulakan program tersebut.

Bagi peringkat negeri sabah,Resedensi Sandakan telah terpilih memulakan program ini yang melibatkan empat kawasan Parlimen iaitu Sandakan,Libaran,Kinabatangan dan juga Beluran.Projek ini dinamakan Outreach XPDC Dakwah Kinabalu & Kempen Kita Bersaudara yang  bermula dari    13 februari sehingga 22 februari 2009.

xpdc dakwah 015

Hari pertama 13/02/2009.Ketibaan Rombongan Urusetia Pelaksana yang diketuai oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia saudari Aiman Atirah Al-Jundi.DSC02850

Ketibaan rombongan pertama Outreach XPDC Dakwah Kinabalu telah disambut oleh Yang Dipertua PAS Libaran Saudara Hassan Nordin dan Yang Dipertua PAS Sandakan saudara Ramlan Rahimin serta Ketua Muslimat Kinabatangan,puan suhaidah Ruhiyyah.

xpdc dakwah 017 

Turut serta, tiga orang dari Unit Amal Wilayah Persekutuan Kuala-Lumpur.Saudara Mohd Rashidi Abd Razak,saudara Azry Muhammad dan saudara Umar Abd Razak. xpdc dakwah 012

Pada hari yang sama satu sesi taklimat diadakan untuk memberi maklumat awal perjalanan program Outreach XPDC Dakwah yang akan berjalan selama 10 hari. DSC02853

Ketua Muslimat Kinabatangan merangkap Timbalan Pengarah program XPDC Dakwah dan Kempen kita bersaudara zon Sandakan disematkan lencana rasmi program ini yang disempurnakan oleh Hajah Rusiah Salleh,Timbalan pengerusi lajnahPenerangan dan Dakwah Muslimat PAS Malaysia dan di saksikan oleh Saudari Aiman Atirah Al-Jundi,Ketua Muslimat PAS Malaysia dan merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan Dan Dakwah Muslimat PAS Malaysia.

DSC02858

Tugasan pertama yang telah dijadualkan.Dakwah di Tembok bandar Sandakan.Walaupun baru beberapa jam menjejakkan kaki di daerah sandakan dan masih dalam keletihan namun perjuangan tetap diteruskan.

DSC02859

Puan Hajah Kintan Binti Man,Cik Siti Hajar Mohd Ghazali,Exco Muslimat PAS Malaysia dan Hajah Rusiah Salleh Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan Dan Dakwah Muslimat PAS Malaysia sedang mendekati seorang wanita islam yang sedang bersantai di Tembok Bandar Sandakan.Mereka juga telah memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang Islam yang perlu di praktikan dalam kehidupan seorang wanita Muslim.

DSC02864

Seorang remaja bersama botol arak ini adalah lelaki Muslim yang pada mulanya disangkakan bukan beragama Islam tetapi bila didekati dan ditanya rupanya adalah seorang Islam.Puan Suhaidah Ruhiyyah telah memberikan teguran dan nasihat agar meninggalkan perbuatan meminum arak kerana telah jelas dalam ajaran islam perbuatan ini adalah yang dimurkai ALLAH SWT.Puan Suhaidah juga telah bertindak membuang sendiri botol arak tersebut.

DSC02865

Misi hari pertama tamat pada jam 11 malam.Objektif dan sasaran program ini sudah terlaksana dengan jayanya.Masih ada baki sembilan hari lagi yang perlu dilalui.Sudah tentu cabaran dan dugaan bakal ditempohi.

25 Januari 2009

17 Januari 2009

PAS menang Parlimen Kuala Terangganu.

 

calon

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi.
Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.

Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi.
Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu.
Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.

16 Januari 2009

PAS Kawasan Libaran menziarahi mangsa ribut.

SANDAKAN: Dua buah rumah ranap dalam  kejadian ribut yang berlaku di Kg Tinusa 2 ,dan berpuluh-puluh rumah lagi mengalami kerosakan .Kejadian bermula jam 8 mlam sehingga jam 11.15 malam.Ombak kuat dan angin kencang telah mencemaskan penduduk-penduduk sekitarnya.

DSC02745DSC02732

Dalam pada itu PAS kawasan Libaran yang di ketuai oleh Saudara Hassan Nordin Musa selaku Yangdipertua PAS Kawasan Libaran,bersama Saudari Azasebah Sabu telah datang ke tempat kejadian.Turut bersama menziarahi mangsa kejadian ialah Puan Suhaidah Ruhiyyah dari Lajnah Kebajikan Badan Perhubungan PAS Sabah.

 

DSC02748

Di Lokasi tersebut PAS kawasan Libaran telah menyampaikan bantuan berupa makanan kepada mangsa-mangsa kejadian dan mereka mengucapakan terima kasih atas keperihatinan PAS  yang terawal datang menziarahi dan memberikan bantuan.

DSC02751

Saudara Hassan Nordin berkata PAS kawasan Libaran sentiasa memberikan perhatian yang serius dalam menangani masalah-masalah masyarakat kawasan Libaran.DSC02727 

DSC02729

14 Januari 2009

Siapa yahudi? Siapa orang Islam?

 

yahudi

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut. Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

13 Januari 2009

Israel mesti dibawa kemuka pengadilan.

IsraelJustice

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di desak untuk menubuhkan Tribunal Jenayah Antarabangsa dengan segera untuk mendakwa Rejim Zionis yang telah bertindak ganas dan kejam ke atas rakyat Palestin

01palestine

Israel telah mencabuli undang-undang Antarabangsa, Undang-Undang Hak Asasi Manusia,Undang-Undang kemanusiaan Antarabangsa,Piagam PBB ,serta Jenayah Perang yang menyalahi  Konvensyen Geneva 1949,perlindungan orang-orang awam dalam ketika perang.

24060055

Kekejamaan yang dilakukan adalah yang paling terburuk pernah dilakukan sejak tahun 1967.

222598591_c0f6399ff2

Sehingga kini penaklukan Israel kepada wilayah palestin bertambah kepada 30 peratus  daripada keluasan asalnya.216767636_f23a7477ef

Sikap Israel yang tidak mempedulikan gencatan senjata yang dianjurkan PBB,menunjukan Israel memang tidak menghormati sesiapa sahaja.

baby_visits_dead_young_man_us_israel_attack_ramallah

Umat Islam di seru untuk terus melakukan solat hajat agar rakyat palestin dapat mempertahankan kedaulatannya dari dikuasai oleh rejim Zionis yang kejam seterusnya mendapat kemenangan menghapuskan pengganas israel.

12 Januari 2009

Orang Cina dah berubah,Melayu bila lagi?

Ditulis oleh JITM

MONDAY, 12 JANUARY 2009 16:14

KUALA TERENGGANU, 12 Jan - Semasa berceramah di kampung kambing, Abd Wahid Endut bercerita berkenaan seorang wakil Cina telah berbisik kepadanya "YB jangan bimbang, masyarakat tionghua sokong YB. Cuma YB tolong jaga orang Melayu. Takut saat-saat akhir mereka berubah setelah dapat duit."

Abd Wahid berkata, beliau begitu sedih apabila yang berpesan itu adalah orang tionghua. Betapa lemahnya orang Melayu sendiri bila dilihat kaum lain mudah dibeli dengan wang ringgit. Betapa maruah melayu senang diperkotak-katikkan hanya kerana 'manisan' yang datang sewaktu pilihanraya sahaja.  
Lim Guan Eng sewaktu ditemui semalam juga turut melahirkan kerisauan rasa yang sama terhadap pengundi-pengundi melayu di Kuala Terengganu. Taktik kotor BN dalam menggunakan faktor duit mempengaruhi undi.

Oleh itu, beliau meminta agar masyarakat berubah dan tetap pendirian serta tidak mudah dibeli oleh mana-mana pihak. Sokongan rakyat adalah penting bagi menjatuhkan kerajaan BN Umno yang ada sekarang.
Beliau yang turut menyatakan bahawa orang Cina sekarang jauh sudah sedar dan berubah, beliau mengharapkan orang melayu yang turut hadapi sengsara yang sama dibawah pentadbiran BN ini melakukan perubahan yang sama kerana pilihan raya kecil ini satu ujian getir kepada pemuafakatan parti-parti komponen BN.
"Jangan tertipu dengan hebatnya BN meracun fikiran rakyat dengan duit rakyat sendiri, duit yang yang sepatutnya dapat dinikmati rakyat secara berterusan itu hanya dapat sewaktu pilihanraya sahaja, adilkah rakyat diperlaku sebegitu oleh BN?" soal beliau.
Wahid ketika ditanya, beliau mengakui pertandingan kali ini sangat sengit dan hebat tetapi tidak bermakna Pas, pakatan rakyat tidak mampu beroleh kemenangan.
Pilihan raya kecil kawasan Kuala Terengganu 17 Jan ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas yang mewakili pakatan rakyat, BN dan seorang calon bebas.

Untuk apa Jabatan Pendaftaran Negara bekerja sampai 10 malam hingga 17 Jan?

Oleh : Azmi Che We, Manir, Terengganu
 Ini adalah maklumat rahsia yang perlu diambil perhatian dan tindakan lanjut oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Jabatan Pendaftaran Negara negeri Terengganu yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana Timbalan Menterinya (Bekas) adalah calon UMNO bagi Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah melanjutkan waktu operasinya dari pukul 8:00 pagi – 10:00 malam bermula 8hb Januari 2009.
Untuk makluman semua, waktu asal operasi Jabatan Pendaftaran Negara adalah 8:00 pagi-5:00 petang setiap hari. Dan lebih memusykilkan kita ialah waktu operasi yang dilanjutkan iaitu 5:00 petang-10:00 malam bukannya untuk dibuka kepada orang awam yang ingin berurusan berkaitan hal kad pengenalan tetapi ianya dibuka khas untuk SPR membuat semakan alamat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu.
Pendek kata, pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tidak dibuka kepada umum tetapi ada kakitangan yang akan bertugas di dalamnya tanpa diketahui oleh orang luar.
PAS sewajarnya melakukan sesuatu di dalam hal berkaitan dengan pengeluaran/pemindahan alamat yang ada kaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara ini. Kita perlu bertindak sebelum mereka memusnahkan kita dengan penipuan yang paling licik.
UMNO sebenarnya lebih mahukan Terengganu berbanding Kelantan mahupun negeri-negeri lain yang ada di Malaysia ini. Mungkin kerana minyaknya menyebabkan Terengganu menjadi negeri teratas yang diminati oleh Kerajaan Pusat.

10 Januari 2009

Nasib Sekolah Agama yang kurang perhatian.Salah Siapa?

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Sekolah Menengah Agama Islam Kunak.Sebelum masuk,saya memerhatikan daripada luar sebuah sekolah yang berwarna hijau nampak ceria dan menarik.

Saya telah meninjau keadaan suasana di sekolah ini dan berkesempatan merakamkan beberapa tangkapan foto untuk tatapan para pengunjung blog ini agar dapat sama-sama kita renungkan nasib sebuah sekolah agama .

Imej014

Boleh dibangakan…

Imej000

Surau nampak ok je..tapi ..

Hakikat sebenarnya…….

Imej004

Mihrab  surau ini telah banyak yang reput.Silap pijak boleh terperosok kaki dan boleh mengakibatkan kecederaan.

Imej002

kawasan tengah surau ditampal untuk mengelakkan dari terkena bahaya.

Imej005

Syiling atas yang sudah bocor.Apabila hujan kena berpindah ketempat yang selamat.

Imej003

Lagi lantai yang sudah reput, bila-bila masa boleh mengundang bahaya..

Imej006

Menyakitkan mata memandang..dan yang lebih memburukan….

Imej018 

Pelajar-pelajar terpaksa mengangkut air setiap hari untuk mandi dan membasuh pakaian.Perkara ini telah berlanjutan sudah 2 tahun akibat catuan air.Tapi ini bukan alasannya,sudah tentu ada jalan penyelesaian yang boleh diambil agar para pelajar tidak terseksa dengan suasana ini.Hasil perbualan saya dengan pelajar-pelajar banyak yang mengeluh keletihan kerana setiap hari terpaksa mengangkut air dan telah menganggu pembelajaran mereka.Mereka juga seringkali tidak dapat mandi waktu pagi kerana masalah sukar untuk mendapatkan air.Pakaian juga terpaksa diguna 2 atau 3 hari  kerana keperluan air untuk membasuh sangat merumitkan.

Imej010 

Tandas tidak dapat diselangarakan dengan baik akibat ketiadaan air.

Imej017

Tong simpanan air yang tidak dapat menampung pelajar yang ramai,akibatnya menyukarkan pelajar mengambil wuduk untuk menunaikan solat.Imej021

Menyedihkan..

Imej013

Lain pemandangan diluar,ada cerita lain pula didalam.

Selesai saya mengambil foto,saya berjumpa dengan salah seorang guru bertanyakan hal yang menimpa sekolah ini. Katanya mereka pun tak tahu apa yang mahu dibuat kerana mereka telah mengadukan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab namun belum ada tindakan untuk memulihkan keadaaan ini.

Atas rasa tanggungjawab salah seorang individu yang bersama dengan saya ketika itu telah menghubungi dan mengadukan masalah ini kepada Setiausaha Sulit kepada ketua menteri Sabah dan responnya,beliau berjanji untuk menyiasat perkara ini dan mengambil tindakansecepat mungkin.

Tapi saya tidak menyimpan dalam fikiran saya bahawa perkara ini telah selesai kerana ianya baru sekadar janji sahaja.Saya terus membuat persiapan dan akan memantau perkara ini dari masa kesemasa.Sekiranya belum ada tindakan lanjut,persiapan telah dibuat untuk mengenangahkan perkara ini dengan lebih agresif lagi.