04 Disember 2008

Jumaat Yang Mulia.

im2
         Hari Jumaat juga di sebut sebagai ‘ Sayyidul Ayyam’ yakni penghulu segala hari.Pada hari ini diciptakan Nabi Adam a,s, berlakunya hari kiamat,penghuni syurga ziarah-menziarahi.
        Di  kalangan  para  malaikat, hari  Jumaat  disebut sebagai ‘Yaumul Mazid’ yakni hari bertambah kerana padanya Allah swt, membukakan pintu rahmat serta menghamparkan kebaikan sebanyak-banyaknya.
      Pada hari Jumaat,ada satu masa yang sangat mulia.Pada waktu itu doa sangat mustajab seperti yang terkandung didalam yang diriwayatkan oleh Syaikhan daripada  Abu Hurairah r.a. Menurut Imam Al-Ghazali waktu itu tersembunyi sepanjang     24 jam hari tersebut.Maka wajarlah kita banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
      Antara perkara yang disunatkan untuk diamalkan pada hari Jumaat ialah:
a. Membaca surah Al-kahfi- Di antara  Fadilatnya ialah menerangi di antara dua jumaat,di hindarkan dari fitnah Dajjal di akhir zaman.
b. Mandi sunat Jumaat,bagi orang yang akan pergi solat Jumaat.
c. Memotong kuku jika panjang,memotong rambut,mendandan misai ,janggut dan lain-lain.
d. Memakai wangi-wangian.
e. Memakai pakaian yang elok dan bersih,afdalnya pakaian yang berwarna putih.
f. Awal datang ke masjid bagi melakukan ibadah sunat seperti membaca yasin,berselawat keatas Rasulullah s.a.w. di samping dapat berniat iktikaf dan banyak lagi ibadah yang lain.
Sabda Nabi  Muhammad S.A.W.:
“ Apabila kamu berada pada hari Jumaat dan malam Jumaat, maka hendaklah kamu memperbanyakan selawat ke atasku.”
( Riwayat Muslim )
     Diantara perstiwa yang pernah berlaku pada hari Jumaat ialah pernikahan para-para Anbiya dan para Auliya.
1. Pernikahan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa                      
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf a.s. dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa dengan Shafrawa.
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s. dengan balqis.
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW. dengan Siti Aisyah.
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali Ab Talib Karamallah dengan Syyiditina Fatimah Rasulullah SAW.
      Telah diriwayatkan oleh Anas Bin Malik ra. Ia berkata:
“ Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab: Hari Jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan!. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana  para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.”