22 Disember 2008

Kenyataan Wan Farid Disanggah Mahfudz

Ditulis oleh Wartawan Buletin

MONDAY, 22 DECEMBER 2008 03:00

Kuala Terengganu - Calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang ‘nanar’ setelah diisytiharkan menjadi calun kelmarin. Beliau menuduh PAS mengalami ‘masalah dalaman’ berikutan banyaknya cadangan-cadangan calun yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.

“Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calun ini, Mursyidul Am hendak calun itu, Pesuruhjaya hendak calun yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman…..”, kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.

Ketua Penerangan PAS YB Haji Mahfudz Omar ketika diminta mengulas tuduhan Wan farid berkata cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.

“Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kalibe, pemuda pandang orang ini caliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.

“Itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calun yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,”katanya yang ditemui selepas majlis ceramah di Kampung Cabang Tiga dekat sini semalam.

Mahfudz berkata siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tonggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk Negara.

Katanya Ini yang ada kepada PAS, sebab itu akhirnya kita akan bulatkan keputusan kepada satu calun sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu hanya satu calun yang kita  akan kemukakan iaitu calon yang akan mewakili parti kita

Apabila ditanya samada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung semalam telah memuktamadkan siapakah yang akan menjadi calun, beliau mengesahkan bahawa ia  belum di muktamadkan lagi.

“Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukan kepada rakyat,”katanya

Beliau yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata keputusan PAS mengumumkan calun pada 1 Januari depan tidak boleh dianggap terlambat.

”Sebab kita punya masa yang masih panjang dan kita (PAS) yakin bahawa calun yang akan kita pilih ini merupakan calun yang sudah dikenali sudah ketahui oleh rakyat khususnya oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu,

”Cuma kita nak tengok mana yang lebih baik dan yang terbaik,”tambahnya.

Khairy Jamaludin akui pemimpin PAS matang berpolitik.


Oleh : Lanjusoh I Foto Rizal Tahir

Monday, 22 December 2008

ImageKOTA BHARU, 21 Dis  - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.

Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.

Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

(Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak edisi Jumaat ini). - harakah

Gapena cadang saman Kementerian Pelajaran

 

Mohd Nor Yahya
Mon | Dec 22, 08 | 2:43:31 pm MYT

KOTA BHARU, 22 Dis (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengambil sikap menyepi terhadap langkah kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Matematik dan Sains.

Hanya segelintir pihak sahaja terutamanya pembangkang begitu lantang mengkritik keputusan kerajaan yang dianggap cuba undur ke belakang, setelah 51 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun kali ini Gabungan Penulis Nasional (Gapena) tiba-tiba lantang mengkritik kerajaan terhadap isu tersebut, biar pun banyak pihak menganggap ia agak terlambat.

Ketua 1 Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata, pihaknya merancang mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Katanya, Gapena tetap menentang dasar kerajaan sekiranya terus mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek terbabit kerana ia boleh mengakibatkan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar ketinggalan.

"Kita tidak menentang bahasa Inggeris tetapi dengan penggunaannya dalam pengajaran subjek berkenaan boleh menggugatkan penggunaan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Image

"Malaysia kini seperti berada dalam zaman pancaroba akibat kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum ke-12 lalu sehingga ada segelintir pihak ingin menjadi hero tanpa merujuk kepada perlembagaan negara untuk bertindak," ujar beliau selepas perasmian seminar Perpaduan Melayu di sini, kelmarin.

Seminar itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan Persatuan Seniman dan Penulis Pasir Puteh (PUSPA).

Dr Ismail berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan bertentangan dengan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurutnya, bangsa Melayu kini menghadapi pelbagai dugaan dan ancaman sehingga diperkotak katikkan orang lain.

Namun katanya, dalam zaman pancaroba sekarang orang Melayu seharusnya mengambil sikap berhikmah demi melihat perpaduan kaum menjadi lebih jitu.

Image"Justeru itu ramai cendikiawan, pemimpin Melayu, pencipta bahasa dan aktivis NGO sudah celik mata dan telah mengatur pelbagai program untuk membangkitkan semula semangat orang Melayu," ujarnya.

Tiga kertas kerja dibentangkan pada seminar itu iaitu 'Kebudayaan Melayu Sebagai Teras Budaya Kebangsaan' oleh Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan.

Kertas kerja kedua bertajuk 'Kefahaman Ketuanan Melayu' oleh Prof Dato' Dr Zainal Kling dan 'Penolakkan PPSMI' oleh anggota jawatankuasa Gapena, Haji Borhan Md Zain.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, Ismail Yusof. - mj _