Ditulis oleh JITM
MONDAY, 12 JANUARY 2009 16:14
KUALA TERENGGANU, 12 Jan - Semasa berceramah di kampung kambing, Abd Wahid Endut bercerita berkenaan seorang wakil Cina telah berbisik kepadanya "YB jangan bimbang, masyarakat tionghua sokong YB. Cuma YB tolong jaga orang Melayu. Takut saat-saat akhir mereka berubah setelah dapat duit."
Abd Wahid berkata, beliau begitu sedih apabila yang berpesan itu adalah orang tionghua. Betapa lemahnya orang Melayu sendiri bila dilihat kaum lain mudah dibeli dengan wang ringgit. Betapa maruah melayu senang diperkotak-katikkan hanya kerana 'manisan' yang datang sewaktu pilihanraya sahaja.
Lim Guan Eng sewaktu ditemui semalam juga turut melahirkan kerisauan rasa yang sama terhadap pengundi-pengundi melayu di Kuala Terengganu. Taktik kotor BN dalam menggunakan faktor duit mempengaruhi undi.
Oleh itu, beliau meminta agar masyarakat berubah dan tetap pendirian serta tidak mudah dibeli oleh mana-mana pihak. Sokongan rakyat adalah penting bagi menjatuhkan kerajaan BN Umno yang ada sekarang.
Beliau yang turut menyatakan bahawa orang Cina sekarang jauh sudah sedar dan berubah, beliau mengharapkan orang melayu yang turut hadapi sengsara yang sama dibawah pentadbiran BN ini melakukan perubahan yang sama kerana pilihan raya kecil ini satu ujian getir kepada pemuafakatan parti-parti komponen BN.
"Jangan tertipu dengan hebatnya BN meracun fikiran rakyat dengan duit rakyat sendiri, duit yang yang sepatutnya dapat dinikmati rakyat secara berterusan itu hanya dapat sewaktu pilihanraya sahaja, adilkah rakyat diperlaku sebegitu oleh BN?" soal beliau.
Wahid ketika ditanya, beliau mengakui pertandingan kali ini sangat sengit dan hebat tetapi tidak bermakna Pas, pakatan rakyat tidak mampu beroleh kemenangan.
Pilihan raya kecil kawasan Kuala Terengganu 17 Jan ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Pas yang mewakili pakatan rakyat, BN dan seorang calon bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan