01 Disember 2008

Mengapa Diuji?

nelayan

Dengan ujian,ada orang yang makin terdidik dan dapat iman. Sebaliknya ada juga yang yang bila diuji terlucut iman.Malah makin marah dengan Allah S.W.T. yang menurunkan ujian. Akibatnya ujian tidak selesai,sebaliknya orang itu menjadi makin jauh dengan Allah S.W.T.

    Mengapa Allah suka melihat hamba-hambanya sakit dan menderita?Allah S.W.T. telah berjanji untuk mendatangkan cubaan kepada semua hambanya,sama ada suka,bersedia atau tidak hakikatnya kita tidak boleh lari dari diuji.

   Sesetengah kita mengangap ujian itu merupakan perkara yang tidak disukai oleh hati atau menyusahkan diri.Sebaliknya memiliki nikmat seperti sihat,kaya,pandai,cantik dan terkenal tidak dianggap diuji.Walhal ujian itu boleh berlaku dalam 2 bentuk.

1.Ujian nikmat-  seperti memiliki harta yang banyak,pandai, cantik,dihormati,terselamat dari bencana dan lain-lain.

2.Ujian kesusahan-  seperti sakit,harta musnah,kematian orang yang disayangi,anak meragam ,suami khianat,sahabat belot, anak cacat,dimarah,hilang jawatan,sudah lama berdoa tapi belum dimakbulkan dan lain-lain.

   Dan Allah yang Maha Penyayang mempunyai maksud baik terhadap semua ujian yang didatangkan itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda; “Mereka yang paling banyak diuji ialah para rasul dan nabi-nabi,kemudian para wali,orang soleh dan seterusnya mengikut peringkat iman masing-masing.