Oleh : Azmi Che We, Manir, Terengganu
Ini adalah maklumat rahsia yang perlu diambil perhatian dan tindakan lanjut oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Jabatan Pendaftaran Negara negeri Terengganu yang merupakan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mana Timbalan Menterinya (Bekas) adalah calon UMNO bagi Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu telah melanjutkan waktu operasinya dari pukul 8:00 pagi – 10:00 malam bermula 8hb Januari 2009.
Untuk makluman semua, waktu asal operasi Jabatan Pendaftaran Negara adalah 8:00 pagi-5:00 petang setiap hari. Dan lebih memusykilkan kita ialah waktu operasi yang dilanjutkan iaitu 5:00 petang-10:00 malam bukannya untuk dibuka kepada orang awam yang ingin berurusan berkaitan hal kad pengenalan tetapi ianya dibuka khas untuk SPR membuat semakan alamat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu.
Pendek kata, pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara tidak dibuka kepada umum tetapi ada kakitangan yang akan bertugas di dalamnya tanpa diketahui oleh orang luar.
PAS sewajarnya melakukan sesuatu di dalam hal berkaitan dengan pengeluaran/pemindahan alamat yang ada kaitan dengan Jabatan Pendaftaran Negara ini. Kita perlu bertindak sebelum mereka memusnahkan kita dengan penipuan yang paling licik.
UMNO sebenarnya lebih mahukan Terengganu berbanding Kelantan mahupun negeri-negeri lain yang ada di Malaysia ini. Mungkin kerana minyaknya menyebabkan Terengganu menjadi negeri teratas yang diminati oleh Kerajaan Pusat.
12 Januari 2009
Untuk apa Jabatan Pendaftaran Negara bekerja sampai 10 malam hingga 17 Jan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan