05 Disember 2008
Neraka Yang Panas.
Balasan neraka sudah pasti berlaku terhadap orang-orang yang ingkar terhadap perintah Allah s.w.t.Peluang dan masa sudah cukup diberikan.Amaran dan peringatan sudah disampaikan oleh para rasul dan nabi-nabi.Mereka menyampaikan dakwah kepada umat dengan penuh amanah dan jujur.
Di akhirat sana beberapa buah neraka sudah pun dipersiapkan dan dinyalakan.Apinya menggelodak panasnya. Bandingan panasnya dengan api dunia hanya satu peratus sahaja.Didalam surah An-Naba dikhabarkan bahawa neraka sedang mengintai-intai dan mencari-cari bakal penghuninya.
Siapa bakal penghuninya?Kerana itu ada batu-batu yang menangis ketakutan untuk dijadikan bahan bakaran api neraka. Namun banyak lagi manusia yang masih melanggar perintah larangan Allah s.w.t.Masih meninggalkan solat ,hidup penuh dengan maksiat, tidak sedar betapa dahsyatnya seksaan api neraka.
Firman Allah S.W.T.:
“ Dan tahukah kamu ,apakah Hutomah ini? (iaitu) Api yang disediakan dan dinyalakn Allah,yang naik sampai ke hati.
( Al-Humazah: 5-6 )
Dicatat Oleh: Imran Hj Ibrahim
Langgan:
Catatan (Atom)