11 Disember 2008

Islam Pasti Gemilang

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan. Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini. Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland . Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim. Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan. Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya. Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba. Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT. “Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,”ujar beliau. Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama. Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa. “Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,”katanya lagi. Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat. Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau. “Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,”ujar beliau. Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu. Harakahdaily

05 Disember 2008

Neraka Yang Panas.

im Balasan neraka sudah pasti berlaku terhadap orang-orang yang ingkar terhadap perintah Allah s.w.t.Peluang dan masa sudah cukup diberikan.Amaran dan peringatan sudah disampaikan oleh para rasul dan nabi-nabi.Mereka menyampaikan dakwah kepada umat dengan penuh amanah dan jujur. Di akhirat sana beberapa buah neraka sudah pun dipersiapkan dan dinyalakan.Apinya menggelodak panasnya. Bandingan panasnya dengan api dunia hanya satu peratus sahaja.Didalam surah An-Naba dikhabarkan bahawa neraka sedang mengintai-intai dan mencari-cari bakal penghuninya. Siapa bakal penghuninya?Kerana itu ada batu-batu yang menangis ketakutan untuk dijadikan bahan bakaran api neraka. Namun banyak lagi manusia yang masih melanggar perintah larangan Allah s.w.t.Masih meninggalkan solat ,hidup penuh dengan maksiat, tidak sedar betapa dahsyatnya seksaan api neraka. Firman Allah S.W.T.: “ Dan tahukah kamu ,apakah Hutomah ini? (iaitu) Api yang disediakan dan dinyalakn Allah,yang naik sampai ke hati. ( Al-Humazah: 5-6 ) Dicatat Oleh: Imran Hj Ibrahim

04 Disember 2008

Jumaat Yang Mulia.

im2
         Hari Jumaat juga di sebut sebagai ‘ Sayyidul Ayyam’ yakni penghulu segala hari.Pada hari ini diciptakan Nabi Adam a,s, berlakunya hari kiamat,penghuni syurga ziarah-menziarahi.
        Di  kalangan  para  malaikat, hari  Jumaat  disebut sebagai ‘Yaumul Mazid’ yakni hari bertambah kerana padanya Allah swt, membukakan pintu rahmat serta menghamparkan kebaikan sebanyak-banyaknya.
      Pada hari Jumaat,ada satu masa yang sangat mulia.Pada waktu itu doa sangat mustajab seperti yang terkandung didalam yang diriwayatkan oleh Syaikhan daripada  Abu Hurairah r.a. Menurut Imam Al-Ghazali waktu itu tersembunyi sepanjang     24 jam hari tersebut.Maka wajarlah kita banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
      Antara perkara yang disunatkan untuk diamalkan pada hari Jumaat ialah:
a. Membaca surah Al-kahfi- Di antara  Fadilatnya ialah menerangi di antara dua jumaat,di hindarkan dari fitnah Dajjal di akhir zaman.
b. Mandi sunat Jumaat,bagi orang yang akan pergi solat Jumaat.
c. Memotong kuku jika panjang,memotong rambut,mendandan misai ,janggut dan lain-lain.
d. Memakai wangi-wangian.
e. Memakai pakaian yang elok dan bersih,afdalnya pakaian yang berwarna putih.
f. Awal datang ke masjid bagi melakukan ibadah sunat seperti membaca yasin,berselawat keatas Rasulullah s.a.w. di samping dapat berniat iktikaf dan banyak lagi ibadah yang lain.
Sabda Nabi  Muhammad S.A.W.:
“ Apabila kamu berada pada hari Jumaat dan malam Jumaat, maka hendaklah kamu memperbanyakan selawat ke atasku.”
( Riwayat Muslim )
     Diantara perstiwa yang pernah berlaku pada hari Jumaat ialah pernikahan para-para Anbiya dan para Auliya.
1. Pernikahan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa                      
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf a.s. dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa dengan Shafrawa.
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s. dengan balqis.
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW. dengan Siti Aisyah.
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali Ab Talib Karamallah dengan Syyiditina Fatimah Rasulullah SAW.
      Telah diriwayatkan oleh Anas Bin Malik ra. Ia berkata:
“ Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab: Hari Jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan!. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana  para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.”

03 Disember 2008

Siapa kita Diketika Malam.

9
    Sepertiga malam adalah waktu yang paling indah. Kesyahduanya,kenyamanannya membuatkan manusia ada yang leka dan ada juga yang sujud mengagungkan Allah S.W.T.Orang yang menuju Allah, saat inilah yang amat digemari untuk melakukan ibadah,manakala orang yang lalai saat inilah yang paling nyaman sekali untuk lena dibuai mimpi.
Firman Allah S.W.T.:  “dan daripada sebahagian malam itu,maka bertahjjudlah sebagai (amalan) Nafilah (tambahan) bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu akan membangkitkan kamu (di akhirat nanti) pada darjat yang terpuji. ”
                                                                                 ( Az-Zariyat- 17 )
     Realitinya dan hakikatnya manakah jumlah yang ramai? Jumlah yang enak melayan tidur ataupun jumlah yang  asyik memuji dan menyembah Allah S.W.T.?.Sesungguhnya jalan ke syurga amat payah dan susah sekali.Manakala jalan ke neraka terlalu mudah dan hampir sekali.
     Bagi mukminin,Qiamullail itu sangat penting.Ia lebih berharga dari dunia dan seisinya.Pada saat yang hening itulah mereka merintih dan mengadu kepada yang maha pencipta. Sedar dan amat faham,bahawa seorang hamba mestilah  berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.
Daripada hadis Abi Hurairah r.a.,beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Tuhan kita tabaraka wa taala,turun ke langit dunia ketika mana berbaki sepertiga malam lalu ia berfirman: Adakah (hamba-hambaku) yang meminta? Akan Aku beri (Kabulkan) permintaannya. Adakah (hamba-ku)yang memohon ampun kepada-ku? Akan Ku Ampunkan dosa-dosanya. Adakah (hamba) yang menyeru-ku? Akan Ku Sahut seruannya. ”

01 Disember 2008

Mengapa Diuji?

nelayan

Dengan ujian,ada orang yang makin terdidik dan dapat iman. Sebaliknya ada juga yang yang bila diuji terlucut iman.Malah makin marah dengan Allah S.W.T. yang menurunkan ujian. Akibatnya ujian tidak selesai,sebaliknya orang itu menjadi makin jauh dengan Allah S.W.T.

    Mengapa Allah suka melihat hamba-hambanya sakit dan menderita?Allah S.W.T. telah berjanji untuk mendatangkan cubaan kepada semua hambanya,sama ada suka,bersedia atau tidak hakikatnya kita tidak boleh lari dari diuji.

   Sesetengah kita mengangap ujian itu merupakan perkara yang tidak disukai oleh hati atau menyusahkan diri.Sebaliknya memiliki nikmat seperti sihat,kaya,pandai,cantik dan terkenal tidak dianggap diuji.Walhal ujian itu boleh berlaku dalam 2 bentuk.

1.Ujian nikmat-  seperti memiliki harta yang banyak,pandai, cantik,dihormati,terselamat dari bencana dan lain-lain.

2.Ujian kesusahan-  seperti sakit,harta musnah,kematian orang yang disayangi,anak meragam ,suami khianat,sahabat belot, anak cacat,dimarah,hilang jawatan,sudah lama berdoa tapi belum dimakbulkan dan lain-lain.

   Dan Allah yang Maha Penyayang mempunyai maksud baik terhadap semua ujian yang didatangkan itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda; “Mereka yang paling banyak diuji ialah para rasul dan nabi-nabi,kemudian para wali,orang soleh dan seterusnya mengikut peringkat iman masing-masing.

30 November 2008

Takutlah kepada Allah

 

ombak

Allah boleh berbuat apa sahaja dengan kehendaknya.Namun Dia juga bersifat maha pengasih dan penyayang,tidak menghukum hambanya yang engkar dan berdosa tanpa memberi tempoh untuk bertaubat dan membaiki diri.

    Rasa takut kepada Allah berbeza dengan rasa takut kepada makhluk,kita akan berusaha menjauhkan diri darinya.Tapi rasa takut kepada Allah,manusia akan lebih mendekatkan diri kepadanya.Melihat kepada ombak yang mengganas terbayang betapa gagahnya Allah S.W.T. dan betapa pedihnya sekiranya ia mendatangkan kemurkaan kepada kita.Terasa gerun di hati lantas beristighfar kepada Allah sambil berdoa supaya dilindungi dengan rahmatnya.

    Orang yang menghayati sifat Allah yang maha keras,hatinya subur dengan rasa cinta dan takut kepadanya.Ia akan terdorong untuk beribadah dengan khusyuk,berakhlak dan berbuat baik dengan rasa takut,tetapi mengharap akan ampunan serta rahmatnya.

29 November 2008

Renungan.


        Perjuangan memerlukan masa yang panjang,penuh dengan ranjau dan halangan .Perjuangan juga mempunyai  peringkat-peringkat yang perlu ditempuhi. Kesemuanya  ini memerlukan kepada pembaharuan. Apabila sesorang itu sentiasa bertindak atau berjuang bersama-sama jemaah maka ianya akan lebih aktif dan sentaisa meningkatkan keyakinan dan keazaman.
      
       Sebaliknya apabila  sesorang itu meninggalkan perjuangan bersama jemaah bahkan memilih jalan berjuang bersendirian,dia akan kehilangan teman yang dapat memberangsangkannya,juga menggalak dan menasihatinya di samping memperingatkannya tentang tuhan nya.Lama-kelamaan ia akan lemah dan jemu.Akhirnya ia akan bertindak ala kadar walaupun ia tetap berhasrat bekerja untuk Islam.Maka sebab itulah Islam sentiasa menegaskan agar kita sentiasa bersama jamaah,jangan berpecah belah.

Nabi S.A.W bersabda:
       Hendaklah kamu bersama jemaah dan janganlah kamu berpecah.Sesungguhnya syaitan akan menghampiri orang yang berseorangan dan menjauhkan diri dari orang  yang berdua. sesiapa yang ingin berada di tengah syurga,maka ia hendaklah sentiasa bersama jamaah.

                                                                                                          

14 November 2008

Ceramah Penjelasan amalan tasauf.

pic PMPIM 007

Sandakan.Amalan tasauf merupakan amalan yang ditinggalkan oleh baginda rasulullah s.a.w.dan juga para sahabat-sahabatnya.Dimasa kini amalan tasauf telah banyak disalah ertikan sehingga banyak tuduhan yang dikaitkan sebagai amalan yang sesat dan bidaah.Persatuan pembangunan insan dan moral malaysia terpanggil untuk menjelaskan keadaan tersebut.Satuprogram ceramah telah diadakan yang telah disampaikan oleh presidennya sendiri iaitu yang berbahagia Ustaz Haji Lokeman Hazli Bin Azali.Sesi dailog turut diadakan dalam ceramah tersebut.

Bersama-sama pimpinan parti keadilan rakyat Datuk nahlan Bin okk Hj Damsal selaku ketua bahagian parlimen batu sapi dan saudara Adin Ismail selaku ketua penerangannya.kerjasama diantara pas dan keadilan nampak begitu erat sekali di kedua-dua belah pihak di kawasan ini.

13 November 2008

Krusus Pemantapan Ibadah

Seramai 21 orang menyertai krusus ini pada 8 februari 2008.Matlamat krusus ini adalah untuk memantapkan lagi ibadah harian seperti yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w.Krusus ini berjalan selama 3 hari di kampung Himbaan kundasang sabah.Sesuai dengan lokasinya yang aman dan tenteram ditambah dengan panorama gunung kinabalu yang menambahkan lagi rasa kebesaran allah s.w.t.