03 Disember 2008

Siapa kita Diketika Malam.

9
    Sepertiga malam adalah waktu yang paling indah. Kesyahduanya,kenyamanannya membuatkan manusia ada yang leka dan ada juga yang sujud mengagungkan Allah S.W.T.Orang yang menuju Allah, saat inilah yang amat digemari untuk melakukan ibadah,manakala orang yang lalai saat inilah yang paling nyaman sekali untuk lena dibuai mimpi.
Firman Allah S.W.T.:  “dan daripada sebahagian malam itu,maka bertahjjudlah sebagai (amalan) Nafilah (tambahan) bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu akan membangkitkan kamu (di akhirat nanti) pada darjat yang terpuji. ”
                                                                                 ( Az-Zariyat- 17 )
     Realitinya dan hakikatnya manakah jumlah yang ramai? Jumlah yang enak melayan tidur ataupun jumlah yang  asyik memuji dan menyembah Allah S.W.T.?.Sesungguhnya jalan ke syurga amat payah dan susah sekali.Manakala jalan ke neraka terlalu mudah dan hampir sekali.
     Bagi mukminin,Qiamullail itu sangat penting.Ia lebih berharga dari dunia dan seisinya.Pada saat yang hening itulah mereka merintih dan mengadu kepada yang maha pencipta. Sedar dan amat faham,bahawa seorang hamba mestilah  berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.
Daripada hadis Abi Hurairah r.a.,beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Tuhan kita tabaraka wa taala,turun ke langit dunia ketika mana berbaki sepertiga malam lalu ia berfirman: Adakah (hamba-hambaku) yang meminta? Akan Aku beri (Kabulkan) permintaannya. Adakah (hamba-ku)yang memohon ampun kepada-ku? Akan Ku Ampunkan dosa-dosanya. Adakah (hamba) yang menyeru-ku? Akan Ku Sahut seruannya. ”

Tiada ulasan: