05 Disember 2008
Neraka Yang Panas.
04 Disember 2008
Jumaat Yang Mulia.
Hari Jumaat juga di sebut sebagai ‘ Sayyidul Ayyam’ yakni penghulu segala hari.Pada hari ini diciptakan Nabi Adam a,s, berlakunya hari kiamat,penghuni syurga ziarah-menziarahi.
Di kalangan para malaikat, hari Jumaat disebut sebagai ‘Yaumul Mazid’ yakni hari bertambah kerana padanya Allah swt, membukakan pintu rahmat serta menghamparkan kebaikan sebanyak-banyaknya.
Pada hari Jumaat,ada satu masa yang sangat mulia.Pada waktu itu doa sangat mustajab seperti yang terkandung didalam yang diriwayatkan oleh Syaikhan daripada Abu Hurairah r.a. Menurut Imam Al-Ghazali waktu itu tersembunyi sepanjang 24 jam hari tersebut.Maka wajarlah kita banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
Antara perkara yang disunatkan untuk diamalkan pada hari Jumaat ialah:
a. Membaca surah Al-kahfi- Di antara Fadilatnya ialah menerangi di antara dua jumaat,di hindarkan dari fitnah Dajjal di akhir zaman.
b. Mandi sunat Jumaat,bagi orang yang akan pergi solat Jumaat.
c. Memotong kuku jika panjang,memotong rambut,mendandan misai ,janggut dan lain-lain.
d. Memakai wangi-wangian.
e. Memakai pakaian yang elok dan bersih,afdalnya pakaian yang berwarna putih.
f. Awal datang ke masjid bagi melakukan ibadah sunat seperti membaca yasin,berselawat keatas Rasulullah s.a.w. di samping dapat berniat iktikaf dan banyak lagi ibadah yang lain.
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.:
“ Apabila kamu berada pada hari Jumaat dan malam Jumaat, maka hendaklah kamu memperbanyakan selawat ke atasku.”
( Riwayat Muslim )
Diantara perstiwa yang pernah berlaku pada hari Jumaat ialah pernikahan para-para Anbiya dan para Auliya.
1. Pernikahan antara Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa
2. Pernikahan antara Nabi Yusuf a.s. dengan Zulaikha.
3. Pernikahan antara Nabi Musa dengan Shafrawa.
4. Pernikahan antara Nabi Sulaiman a.s. dengan balqis.
5. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah.
6. Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW. dengan Siti Aisyah.
7. Pernikahan antara Sayyidina Ali Ab Talib Karamallah dengan Syyiditina Fatimah Rasulullah SAW.
Telah diriwayatkan oleh Anas Bin Malik ra. Ia berkata:
“ Rasulullah SAW ditanya orang tentang hari Jumaat. Maka baginda menjawab: Hari Jumaat adalah hari siraturrahim dan pernikahan!. Kemudian sahabat bertanya lagi: Mengapa demikian ya Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab: Kerana para anbiya’ pada masa lalu melaksanakan pernikahan pada hari tersebut.”
03 Disember 2008
Siapa kita Diketika Malam.
Sepertiga malam adalah waktu yang paling indah. Kesyahduanya,kenyamanannya membuatkan manusia ada yang leka dan ada juga yang sujud mengagungkan Allah S.W.T.Orang yang menuju Allah, saat inilah yang amat digemari untuk melakukan ibadah,manakala orang yang lalai saat inilah yang paling nyaman sekali untuk lena dibuai mimpi.
Firman Allah S.W.T.: “dan daripada sebahagian malam itu,maka bertahjjudlah sebagai (amalan) Nafilah (tambahan) bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu akan membangkitkan kamu (di akhirat nanti) pada darjat yang terpuji. ”
( Az-Zariyat- 17 )
Realitinya dan hakikatnya manakah jumlah yang ramai? Jumlah yang enak melayan tidur ataupun jumlah yang asyik memuji dan menyembah Allah S.W.T.?.Sesungguhnya jalan ke syurga amat payah dan susah sekali.Manakala jalan ke neraka terlalu mudah dan hampir sekali.
Bagi mukminin,Qiamullail itu sangat penting.Ia lebih berharga dari dunia dan seisinya.Pada saat yang hening itulah mereka merintih dan mengadu kepada yang maha pencipta. Sedar dan amat faham,bahawa seorang hamba mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.
Daripada hadis Abi Hurairah r.a.,beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Tuhan kita tabaraka wa taala,turun ke langit dunia ketika mana berbaki sepertiga malam lalu ia berfirman: Adakah (hamba-hambaku) yang meminta? Akan Aku beri (Kabulkan) permintaannya. Adakah (hamba-ku)yang memohon ampun kepada-ku? Akan Ku Ampunkan dosa-dosanya. Adakah (hamba) yang menyeru-ku? Akan Ku Sahut seruannya. ”
01 Disember 2008
Mengapa Diuji?
Dengan ujian,ada orang yang makin terdidik dan dapat iman. Sebaliknya ada juga yang yang bila diuji terlucut iman.Malah makin marah dengan Allah S.W.T. yang menurunkan ujian. Akibatnya ujian tidak selesai,sebaliknya orang itu menjadi makin jauh dengan Allah S.W.T.
Mengapa Allah suka melihat hamba-hambanya sakit dan menderita?Allah S.W.T. telah berjanji untuk mendatangkan cubaan kepada semua hambanya,sama ada suka,bersedia atau tidak hakikatnya kita tidak boleh lari dari diuji.
Sesetengah kita mengangap ujian itu merupakan perkara yang tidak disukai oleh hati atau menyusahkan diri.Sebaliknya memiliki nikmat seperti sihat,kaya,pandai,cantik dan terkenal tidak dianggap diuji.Walhal ujian itu boleh berlaku dalam 2 bentuk.
1.Ujian nikmat- seperti memiliki harta yang banyak,pandai, cantik,dihormati,terselamat dari bencana dan lain-lain.
2.Ujian kesusahan- seperti sakit,harta musnah,kematian orang yang disayangi,anak meragam ,suami khianat,sahabat belot, anak cacat,dimarah,hilang jawatan,sudah lama berdoa tapi belum dimakbulkan dan lain-lain.
Dan Allah yang Maha Penyayang mempunyai maksud baik terhadap semua ujian yang didatangkan itu.
Rasulullah S.A.W. bersabda; “Mereka yang paling banyak diuji ialah para rasul dan nabi-nabi,kemudian para wali,orang soleh dan seterusnya mengikut peringkat iman masing-masing.
30 November 2008
Takutlah kepada Allah
Allah boleh berbuat apa sahaja dengan kehendaknya.Namun Dia juga bersifat maha pengasih dan penyayang,tidak menghukum hambanya yang engkar dan berdosa tanpa memberi tempoh untuk bertaubat dan membaiki diri.
Rasa takut kepada Allah berbeza dengan rasa takut kepada makhluk,kita akan berusaha menjauhkan diri darinya.Tapi rasa takut kepada Allah,manusia akan lebih mendekatkan diri kepadanya.Melihat kepada ombak yang mengganas terbayang betapa gagahnya Allah S.W.T. dan betapa pedihnya sekiranya ia mendatangkan kemurkaan kepada kita.Terasa gerun di hati lantas beristighfar kepada Allah sambil berdoa supaya dilindungi dengan rahmatnya.
Orang yang menghayati sifat Allah yang maha keras,hatinya subur dengan rasa cinta dan takut kepadanya.Ia akan terdorong untuk beribadah dengan khusyuk,berakhlak dan berbuat baik dengan rasa takut,tetapi mengharap akan ampunan serta rahmatnya.
29 November 2008
Renungan.
Perjuangan memerlukan masa yang panjang,penuh dengan ranjau dan halangan .Perjuangan juga mempunyai peringkat-peringkat yang perlu ditempuhi. Kesemuanya ini memerlukan kepada pembaharuan. Apabila sesorang itu sentiasa bertindak atau berjuang bersama-sama jemaah maka ianya akan lebih aktif dan sentaisa meningkatkan keyakinan dan keazaman.
Sebaliknya apabila sesorang itu meninggalkan perjuangan bersama jemaah bahkan memilih jalan berjuang bersendirian,dia akan kehilangan teman yang dapat memberangsangkannya,juga menggalak dan menasihatinya di samping memperingatkannya tentang tuhan nya.Lama-kelamaan ia akan lemah dan jemu.Akhirnya ia akan bertindak ala kadar walaupun ia tetap berhasrat bekerja untuk Islam.Maka sebab itulah Islam sentiasa menegaskan agar kita sentiasa bersama jamaah,jangan berpecah belah.
Nabi S.A.W bersabda:
Hendaklah kamu bersama jemaah dan janganlah kamu berpecah.Sesungguhnya syaitan akan menghampiri orang yang berseorangan dan menjauhkan diri dari orang yang berdua. sesiapa yang ingin berada di tengah syurga,maka ia hendaklah sentiasa bersama jamaah.
14 November 2008
Ceramah Penjelasan amalan tasauf.
Sandakan.Amalan tasauf merupakan amalan yang ditinggalkan oleh baginda rasulullah s.a.w.dan juga para sahabat-sahabatnya.Dimasa kini amalan tasauf telah banyak disalah ertikan sehingga banyak tuduhan yang dikaitkan sebagai amalan yang sesat dan bidaah.Persatuan pembangunan insan dan moral malaysia terpanggil untuk menjelaskan keadaan tersebut.Satuprogram ceramah telah diadakan yang telah disampaikan oleh presidennya sendiri iaitu yang berbahagia Ustaz Haji Lokeman Hazli Bin Azali.Sesi dailog turut diadakan dalam ceramah tersebut.
13 November 2008
Krusus Pemantapan Ibadah
Seramai 21 orang menyertai krusus ini pada 8 februari 2008.Matlamat krusus ini adalah untuk memantapkan lagi ibadah harian seperti yang dianjurkan oleh rasulullah s.a.w.Krusus ini berjalan selama 3 hari di kampung Himbaan kundasang sabah.Sesuai dengan lokasinya yang aman dan tenteram ditambah dengan panorama gunung kinabalu yang menambahkan lagi rasa kebesaran allah s.w.t.




















