02 Januari 2009

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terangganu.

Khairul Azlam dan Intan Abdullah
Thu | Jan 01, 09 | 11:05:26 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _

Ziarah ke rumah isteri tahanan ISA Tawau Sabah.

Suaidah Ruhiyyah
Thu | Jan 02, 09 | 12:16:36 pm MYT

           Sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menziarahi mereka. Sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sabah dan Dewan Muslimat Sabah, aku merasa suatu tanggungjawab yang sangat besar yang sedang ku pikul. Alhamdulillah, apabila mesyuarat ditetapkan di Tawau, aku fikir inilah peluang terbaik bagiku untuk menemui mereka.

Sengaja tidak memaklumkan lebih awal sebagaimana biasa sekiranya sesiapa berhasrat menziarah mereka. Aku dimaklumkan selalunya mereka keberatan menerima tetamu lebih-lebih lagi dari PAS. Mungkin kerana fitnah daripada pihak polis cawangan khas (SB) yang mengelirukan mereka.

Alhamdulilah...taktik kali ni berjaya dengan izin Allah menemukan aku dengan isteri-isteri tahanan ISA di Tawau. Ternyata mereka tidak banyak berbeza daripada isteri-isteri di Sandakan. Cuma saja mereka agak beruntung kerana ada yang mempunyai pekerjaan dan keluarga memberi sokongan. Image

Pun begitu, ketika tiba di destinasi yang pertama, rumah di bawah kolong yang dihuni oleh Azlina dan 3 orang anaknya, aku terasa sebak. Maklum, aku juga seorang wanita, isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi apabila Azlina menceritakan yang suaminya ditahan ketika dia mengandung 6 bulan anak yang kini berusia 2 tahun. Spontan aku yang juga sedang membawa kandungan berusia 6 bulan terasa keperitannya�

Selesai memberikan sedikit penerangan dan memaklumkan tentang sumbangan pihak Harakah dan GMI kepada mereka, rombongan kami meneruskan perjalanan ke rumah isteri seterusnya, Normahal. Tiba di destinasi kali ini, aku agak lega melihat rumah yang diduduki oleh keluarga ini. Sempurna pada penglihatanku. Rupanya dimiliki oleh kawan lepada suazi Normahal.

Aku lihat papan putih untuk mengajar anak-anak terlekat di dinding rumah. Anak-anak Normahal sibuk mewarna. Ketika aku bertanya kalau mereka masih ingat ayah. Masing-masing nampak keliru. Entah apa yang sedang difikirkan mereka. Apa yang kulihat ternyata Normahal pula yang bergenang air mata menehan rasa yang dipendam sekian lama. Ah ! Jangan gugur dulu air mataku...aku harus kuat untuk memberi sokongan pada mereka. Image

Ketika ku tanyakan umurnya, ternyata Normahal baru berusia 26 tahun. Sekali lagi aku meletakkan diriku pada tempatnya dengan usia 26 tahun.Kadang-kadang hidup ini terlalu kompleks kalau tidak saja diletakkan segala persandaran kepada Allah.Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuanNya. Setelah lebih kurang setengah jam, aku dan rombongan meminta diri untuk meneruskan perjalanan...sempatku tinggalkan kad nama dengan pesanan supaya terus menghubungi aku bila-bila masa.

Jarak lebih kurang 350km dengan tempat aku menetap menyukarkanku untuk selalu menziarahi mereka separti isteri-isteri di Sandakan...semoga Allah mengampunkan aku yang tak mampu memikul tanggungjawab seberat ini. Aku juga sempat berpesan kepada Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat yang menetap di Tawau supaya selalu menjenguk mereka dan menjadikan mereka teman akrab, bukan sekadar �mangsa� yang memerlukan perhatian.

Seterusnya aku dibawa masuk ke kawasan Flat Guru di SMK Kinabutan, Tawau. Nak menemui Kak Rusiah. Isteri tahanan ISA yang juga seorang guru. Sunyi flat guru ni, maklumlah cuti sekolah. Tapi mereka sekeluarga lebih selesa di sini. Mesra kak Rusiah menyambut kedatangan kami. Rumah tersusun rapi, menggambarkan kehidupan seorang guru yang berdisiplin. Anak-anak kak Rusiah masuk ke bilik. Senyap. Jarang-jarang ku lihat suasana begini di rumah isteri-isteri tahanan. Rak buku pun tersusun rapi.

Perit apabila 3 tahun tanpa suami

Rupanya kak Rusiah sedang melanjutkan pelajaran. Ambik PJJ katanya. "Kalau suami kakak tak bebas juga agaknya kakak teruskan lagi ambik Master". Sempat kak Rusiah bergurau. Bukan apa katanya, supaya sibuk dan tak sempat memikirkan ketiadaan suami tersayang...Kelakar, mesra tapi ku lihat matanya masih memendam suatu rasa yang hanya di mengetahuinya...

Bersama 5 orang anak, kak Rusiah meneruskan hidup. Baginya dia jauh bernasib baik berbanding mangsa-mangsa yang lain. 3 tahun tanpa suami memang perit, tapi itulah bahagian baginya ketika ini. "Tatkala ada jiran di hadapan rumah kematian suami kerana kemalangan, kakak masih boleh mengharap kepulangan suami. Kakak yakin semua ini ada hikmah yang sangat besar. Insya-Allah.� Sekali lagi aku kaku menahan rasa. Kerana ketabahan inilah Allah memilih dia.

Aku yakin ujian ini membuat kak Rusiah ibu berumur 38 tahun ini semakin bijak dan matang menangani hidup. Aku dimaklumkan guru-guru lain memberi kerjasama yang baik. Sehinggakan jadual pembelajaranpun dapat disesuaikan dengan masa menghantar dan mengambil anak di sekolah. Syukur...masih ada yang sayang...

Selesai solat Maghrib di rumah kak Rusiah kami memohon diri. Sempat menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan apa juga bantuan kepada mereka khususnya Harakah dan GMI.

Keletihan semakin terasa. Anak di dalam perut bergerak aktif. Pinggangku dah terasa berdenyut. Mungkin letih sejak mesyuarat pagi tadi. Takpe nak�ini sajalah yang mampu ummi buat. Mudah-mudahan naluri yang baik akan kamu warisi dewasa kelak. Melihat ketabahan dan segala bentuk kehidupan mereka, aku insaf betapa besarnya anugerah Allah untukku sekeluarga. Alhamdulillah�ya Allah. Ampunkan kami atas segala dosa dan kederhakaan kami sepanjang kami memikul tanngungjawab sebagai khalifahMu di atas muka bumi ini�.

Kereta kami bergerak lagi. Kak Halimah sedang menanti kedatangan kami. Aku terpaksa memaklumkan kedatangan kami untuk bertanya alamat rumah. Alhamdulillah dapat juga aku menemui dia. Menurutnya, dia mengusahakan kedai jahitan untuk menampung keluarga. 2 orang anaknya sudah berusia 13 dan 17 tahun. Baru-baru ni awal cuti sekolah mereka tiga beranak sempat menziarah suaminya di Kamunting. Aku sempat melihat gambar terbaru suaminya. Nampak kurus berbanding gambar sebelum ditahan.

Kak Halimah bersama anak-anaknya tinggal di kawasan perumahan flat yang masih dalam proses pembayaran. Alhamdulillah ada juga tempat berteduh. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Kami memohon diri. Ini rumah yang terakhir untuk kami ziarah. Lega�tercapai juga hasratku kali ini. Semoga perjalanan ini membawa bersama hidayah dan kasih-sayang Allah buat mereka yang ku tinggalkan dan yang ku temui. Segala puji bagiMu ya Allah�. - azm

Ketua Pengarang Harakah dan HarakahdailyAhmad Lutfi Othman dan Team Harakah akan berkunjung semula ke Sabah untuk menyampaikan sumbangan orang ramai dalam jangka masa terdekat. Oleh itu, jika ada yang prihatin dan simpati kepada keluarga mangsa ISA bolehlah majukan dana dan sumbangan kepada HARAKAHDAILY DOT COM akaun Maybank 564070000336) _

30 Disember 2008

Ronald Timbalan Speaker patut disingkirkan.

  ibi         Keengganan Timbalan Speaker,Ronald Kiandee   yang juga Ahli Parlimen P 183 Beluran,yang berkeras menolak usul kekejaman Israel dibincangkan di Parlimen patut disangsikan dan dipersoalkan.Alasan bahawa isu kekejaman Israel telah pernah dibincangkan di Parlimen menunjukan bahawa Ronald tidak berminat berkaitan Isu permasalhan umat islam.Alasan tersebut juga mencerminkan bahawa Ronald benar-benar tidak peka kepada masalah yang menimpa umat islam.

Pada 25 Disimber 08 yang  lepas  saya telah berkesempatan ke Daerah Telupid yang mana ahli Parlimennya adalah Ronald sendiri.Apa yang saya nak kemukakan disini isu yang sekian lama telah menimpa penduduk islam daerah Telupid dan betapa ahli parlimennya tidak mengambil berat masalah penduduk islam disini.

Ketiadaan Tanah Perkuburan Islam,inilah isunya.Menurut maklumat yang saya dapati daripada beberapa orang penduduk,masalah ini telah lama berlaku dimana setiap kali berlaku kematian penduduk islam terpaksa meminta belas ihsan terlebih dahulu daripada pemegang tanah adat yang mana semua ahli jawatan kuasa  tanah adat ini terdiri dari orang yang bukan beragama islam kerana tanah perkuburan tersebut bukan dikhususkan kepada orang islam.

Sekiranya mereka tidak bersetuju maka jenazah tersebut terpaksa dikebumikan ditempat yang lebih jauh dan sekiranya mendapat persetujuan, keluarga simati dikenakan bayaran Rm 500.00.Bayangkan sekiranya ada keluarga yang tak mampu.

Tidak cukup dengan maklumat orang awam,saya menghubungi seorang ketua Jabatan yang bertanggung jawab dalam perkara ini.Apa yang saya dimaklumkan perkara ini benar-benar berlaku.Saya juga difahamkan ,sudah berkali-kali permohonan untuk mendapatkan Tanah perkuburan Islam dikemukakan namun tiada kelulusan yang dikeluarkan.

Beberapa kali perkara ini dibawa kepada mesyuarat bersama Ahli Parlimennya (Ronald)namun tiada tindakan yang dilakukan.Ini menunjukan memang benar Timbalan speaker ini tidak berminat dan tidak peka kepada masalah orang islam walaupun ditempatnya sendiri apatah lagi di Parlimen.

Oleh itu saya menyarankan kepada ahli-ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat dan juga BN agar membuat usul undi tidak percaya kepada Timbalan Speaker ini seterusnya didesak untuk meletakan jawatan.

Oleh:Imran Ibrahim:http://langkah-perjuangan.blogspot.com   

           Ketua Penerangan PAS Sabah.

28 Disember 2008

Selamat menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah

            Salam Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat.Marilah kita sama-sama berdoa semoga tahun hijrah yang baru ini Allah swt meningkatkan iman kita,diberikan taufik dan hidayah kepada semua ahli keluarga kita,sahabat handai dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.Di ampunkan segala dosa-dosa dan diangkat segala amalan serta diterima oleh Allah swt sebagai amalan yang ikhlas.

Kita juga memohon kepada Allah swt,agar kita dihindarkan dari semua bala bencana,kesusahan,kemunduran,kemalaratan, penyakit yang berjangkit dan yang paling utamanya negara Malaysia yang kita cintai ini sentiasa aman dan makmur serta satu masa nanti dikurniakannya pemimpin yang beriman dan bertaqwa.

AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa'& Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah,  dan 10,000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',  maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah:  Benar!.

  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?"  Sabdanya :

  1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
  2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
  6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
  7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
  13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
  16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
  18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
  19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

  1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
  3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
  5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  6. Allah menjadikan 'Arasy.
  7. Allah menjadikan alam.
  8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata;  Telah kami cuba,  maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata; Dinamakan  Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  8. Allah menenggelamkan Fir'aun
  9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'.  Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini. Bulan Rejab.  Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

  1. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  2. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  3. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  4. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
  5. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  6. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  7. Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
  8. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  9. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah  pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

2.  Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan.  Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya,  akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail     b) Membaca Al-Quran c)  Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" . 

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya,  Siddiqin,  Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari  tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala  kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya -Allah

24 Disember 2008

Zahar sertai PAS,kempen di KT

Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 10:48am

kemaskini 5pm Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.
Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
umno zahar join pas 241208 shake hand.jpgZahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.
Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.
Pejabat itu, yang telah ditutup selama tiga minggu, akan dibuka semula besok dan kakitangan di situ akan turut bekerja bagi pihak parti barunya.
Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini.
Tambahnya, beliau akan mula berkampung di kawasan itu sepanjang kempen mulai 5 Januari, sehari sebelum penamaan calon.
Kapten tentera bersara juga menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember lalu sebagai punca yang menyebabkan beliau melompat parti.

PAS lebih baik...
Sejak keputusan pilihanraya umum 8 Mac lepas yang menyaksikan ketewasan besar BN di beberapa negeri termasuk Selangor, kata Zahar lagi, beliau bersama para penyokongnya sering memikirkan untuk meninggalkan Umno.

umno zahar join pas 241208 hasan ali and nasharuddin.jpgDalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi Umno kerana keputusannya tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.
Katanya, PAS dan Umno adalah sama tetapi PAS lebih baik dari Umno.
"Umno hari ini banyak berbeza dengan Umno yang saya sertai 26 tahun lalu," katanya.
Menurut Zahar lagi, tahun lalu beliau ditawarkan mengambil alih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, untuk menggantikan Tan Sri Onn Ismail yang uzur, tetapi beliau menolaknya.
"Saya tiga kali berturut-turut ditawarkan bertanding dalam pilihanraya umum, saya juga menolaknya kerana perlu memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat bahagian," katanya.
Sementara itu Nasharuddin (foto, kanan) ketika berucap di majlis tersebut berkata, program pertama Zahar sebagai ahli PAS ialah menemui presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila dalam masa terdekat.
"Zahar sudah bersama kita sekarang sebagai jentera penggerak dan anggota parti untuk membela bangsa, agama dan negara.

Zahar ke KT
"PAS bergerak di Selangor kerana hendak melaksanakan perubahan untuk membela orang Melayu dan orang bukan Melayu," katanya.
Manakala Dr Hasan (foto, kiri) dalam ucapannya berkata, Zahar dan yang lain-lainnya menyertai PAS bukan untuk mendapat projek dan kekayaan.
Tetapi, katanya, mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredhaan Allah.
"Walaupun PAS kalah dalam pilihanraya, ahli PAS tetap bertambah. Kini sudah (mencecah) satu juta orang," katanya.
Dr Hasan juga berkata, Zahar akan turun ke Kuala Terengganu pada 5 Disember sehingga selepas pilihanraya kecil tersebut.

Sumber- Malaysiakini.

23 Disember 2008

Mahfuz menang lawan Utusan

Harakahdaily | Foto Nasir Sudin
Tue | Dec 23, 08 | 2:43:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu Bhd dan bekas ketua pengarangnya membayar RM120,000 kepada ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh pemimpin PAS tersebut.

Mahfuz, selaku plaintif, menfailkan saman itu pada 2001 dengan menamakan ketua pengarang kumpulan akhbar berpengaruh Utusan Malaysia (ketika itu) dan penerbitnya sebagai defendan-defendan.

Beliau mendakwa defendan pertama telah dengan sengaja dan niat jahat membenarkan penerbitan dan percetakan kata-kata yang mengandungi unsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001.

Mahfuz mendakwa penerbitan perkataan-perkataan itu menyebabkan dia menanggung malu dan menjejaskan kredibiliti di kalangan masyarakat. Image

Beliau yang bertindak sebagai Plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan mengarahkan defendan meminta maaf serta menarik balik tuduhan fitnah terhadapnya.

Defendan-defendan dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada Mac 2002 pula menyatakan artikel "Demonstrasi Mahfuz isytihar bersama Keadilan" yang disiarkan itu adalah benar dari segi kandungan dan fakta dan menafikan bahawa ia bersifat fitnah.-azm

(Berita lanjut menyusul akhbar Harakah akan datang)

22 Disember 2008

Kenyataan Wan Farid Disanggah Mahfudz

Ditulis oleh Wartawan Buletin

MONDAY, 22 DECEMBER 2008 03:00

Kuala Terengganu - Calon Barisan Nasional bagi Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Dato’ Wan Farid Salleh membuat tuduhan pertama yang ‘nanar’ setelah diisytiharkan menjadi calun kelmarin. Beliau menuduh PAS mengalami ‘masalah dalaman’ berikutan banyaknya cadangan-cadangan calun yang dikemukakan oleh beberapa pihak dalam PAS.

“Saya tak pasti apabila Ketua Pemuda hendak calun ini, Mursyidul Am hendak calun itu, Pesuruhjaya hendak calun yang lain itu ditafsirkan sebagai tidak ada masalah dalaman…..”, kata Wan Farid sebagaimana disiarkan oleh sebuah stesyen televisyen utama semalam.

Ketua Penerangan PAS YB Haji Mahfudz Omar ketika diminta mengulas tuduhan Wan farid berkata cadangan-cadangan calun yang banyak oleh pelbagai pihak dalam PAS tidak boleh dianggap sebagai perpecahan bahkan ia menunjukkan bahawa betapa PAS mempunyai calun yang sangat lumayan yang berkaliber yang boleh kita kemukakan.

“Tok Guru Nik Aziz pandang orang itu kalibe, pemuda pandang orang ini caliber, mungkin ada pandangan yang lain berpandangan bahawa ada pihak lain yang berkaliber.

“Itu bermakna bahawa kita (PAS) memiliki jumlah calun yang berkaliber itu mempunyai satu jumlah yang snagat banyak yang boleh kita tonjolkan,”katanya yang ditemui selepas majlis ceramah di Kampung Cabang Tiga dekat sini semalam.

Mahfudz berkata siapa pun yang akan PAS pilih nanti ialah hakikatnya mereka yang mempunyai kredibiliti, kaliber yag tinggi yang mempunyai komitmen yang tonggi kepada perjuangan untuk parti untuk agama untuk bangsa untuk rakyat dan untuk Negara.

Katanya Ini yang ada kepada PAS, sebab itu akhirnya kita akan bulatkan keputusan kepada satu calun sahaja iatu daripada senarai yang ada pada semua pihak itu hanya satu calun yang kita  akan kemukakan iaitu calon yang akan mewakili parti kita

Apabila ditanya samada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung semalam telah memuktamadkan siapakah yang akan menjadi calun, beliau mengesahkan bahawa ia  belum di muktamadkan lagi.

“Kita (PAS) akan pilih yang terbaik untuk dikemukan kepada rakyat,”katanya

Beliau yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata keputusan PAS mengumumkan calun pada 1 Januari depan tidak boleh dianggap terlambat.

”Sebab kita punya masa yang masih panjang dan kita (PAS) yakin bahawa calun yang akan kita pilih ini merupakan calun yang sudah dikenali sudah ketahui oleh rakyat khususnya oleh pengundi-pengundi di Kuala Terengganu,

”Cuma kita nak tengok mana yang lebih baik dan yang terbaik,”tambahnya.

Khairy Jamaludin akui pemimpin PAS matang berpolitik.


Oleh : Lanjusoh I Foto Rizal Tahir

Monday, 22 December 2008

ImageKOTA BHARU, 21 Dis  - Kemunculan Khairy Jamaludin pada Wacana Perdana anjuran kerajaan Kelantan di sini malam tadi, seakan-akan melengkapkan cabarannya untuk menghampiri jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada Mac depan.

Mungkin pertama kali dalam sejarah apabila seorang pemimpin muda Umno berani tampil ke pentas PAS (kerajaan negeri) yang disendatkan dengan ribuan penyokong.

Malah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menyifatkan ia sebagai satu transformasi baru apabila beliau dijemput kerajaan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada satu wacana politik.

"Ini menggambarkan sikap keterbukaan kerajaan Tok Guru Nik Aziz. Keterbukaan ini sesuatu yang cukup matang dan ia boleh digambarkan inilah transformasi baru politik di negara ini.

"Sememangnya saya mengakui tsunami politik melanda negara pada Mac lalu. Rakyat sekarang dilihat mempunyai kecederongan untuk mempunyai dwiparti di negara ini," katanya pada wacana tersebut.

Program itu dianjur Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan. Dua layar besar terpaksa disediakan pihak penganjur di luar dewan memandangkan Dewan Besar Balai Islam penuh sesak dengan kehadiran orang ramai.

Kedatangan Khairy turut disambut dengan laungan takbir orang ramai. Malah ramai penyokong Khairy memenuhi bahagian depan dewan, yang lengkap berpakaian baju putih.

Suasana agak panas berlaku pada pusingan kedua sehingga keadaan kurang terkawal apabila panelis Dato' Husam Musa dan Khairy masing-masing mahu menegakkan hujah dalam masa yang serentak.

Namun, moderator dari UKM, Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff berjaya mengawal keadaan. Seorang lagi ahli panelis iaitu pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dr Agus yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM ada ketikanya kelihatan terpaksa tunduk kepada kehendak panelis terutamanya ketika pusingan kedua.

Sikap terbuka dipamerkan malam tadi, tidak seperti ketika mengendalikan program Hujah di TV9 dengan memberi ruang kepada mana-mana panelis mencelah ketika ahli panel lain sedang berhujah. Ramai berpandangan situasi itu tidak sepatut dibiarkan.

Keadaan itu digunakan sepenuhnya Husam dan Khairy sehingga meninggalkan Dr Aziz yang cuba mempamerkan sikap berkecuali dalam wacana tersebut, sebagai ahli akademik.

Ketika pusingan ketiga, penonton mengambil kesempatan untuk menghangatkan lagi wacana apabila dibuka ruang untuk bertanyakan soalan. Ramai tampil menggunakan kesempatan terbabit.

Hanya seorang Pemuda Umno dari Bachok yang merebut peluang tersebut dengan mengajukan soalan kepada Husam mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan seperti cuba menggadai ketuanan Melayu.

Hadir sama pada wacana itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan wakil-wakil rakyat.

(Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak edisi Jumaat ini). - harakah

Gapena cadang saman Kementerian Pelajaran

 

Mohd Nor Yahya
Mon | Dec 22, 08 | 2:43:31 pm MYT

KOTA BHARU, 22 Dis (Hrkh) - Sebelum ini banyak pihak mengambil sikap menyepi terhadap langkah kerajaan menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Matematik dan Sains.

Hanya segelintir pihak sahaja terutamanya pembangkang begitu lantang mengkritik keputusan kerajaan yang dianggap cuba undur ke belakang, setelah 51 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Bagaimanapun kali ini Gabungan Penulis Nasional (Gapena) tiba-tiba lantang mengkritik kerajaan terhadap isu tersebut, biar pun banyak pihak menganggap ia agak terlambat.

Ketua 1 Gapena, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein berkata, pihaknya merancang mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya meneruskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Katanya, Gapena tetap menentang dasar kerajaan sekiranya terus mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek terbabit kerana ia boleh mengakibatkan pelajar Melayu terutamanya di kawasan luar bandar ketinggalan.

"Kita tidak menentang bahasa Inggeris tetapi dengan penggunaannya dalam pengajaran subjek berkenaan boleh menggugatkan penggunaan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Image

"Malaysia kini seperti berada dalam zaman pancaroba akibat kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum ke-12 lalu sehingga ada segelintir pihak ingin menjadi hero tanpa merujuk kepada perlembagaan negara untuk bertindak," ujar beliau selepas perasmian seminar Perpaduan Melayu di sini, kelmarin.

Seminar itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, Persatuan Penulis Kelantan (PPK) dan Persatuan Seniman dan Penulis Pasir Puteh (PUSPA).

Dr Ismail berkata, tindakan yang dilakukan kerajaan bertentangan dengan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Menurutnya, bangsa Melayu kini menghadapi pelbagai dugaan dan ancaman sehingga diperkotak katikkan orang lain.

Namun katanya, dalam zaman pancaroba sekarang orang Melayu seharusnya mengambil sikap berhikmah demi melihat perpaduan kaum menjadi lebih jitu.

Image"Justeru itu ramai cendikiawan, pemimpin Melayu, pencipta bahasa dan aktivis NGO sudah celik mata dan telah mengatur pelbagai program untuk membangkitkan semula semangat orang Melayu," ujarnya.

Tiga kertas kerja dibentangkan pada seminar itu iaitu 'Kebudayaan Melayu Sebagai Teras Budaya Kebangsaan' oleh Pengarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Prof Madya Dato' Zainal Abidin Borhan.

Kertas kerja kedua bertajuk 'Kefahaman Ketuanan Melayu' oleh Prof Dato' Dr Zainal Kling dan 'Penolakkan PPSMI' oleh anggota jawatankuasa Gapena, Haji Borhan Md Zain.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan, Ismail Yusof. - mj _

21 Disember 2008

Ibadah Qurban Anjuran PAS Kawasan Libaran-Memesyarakatkan Perjuangan PAS.

Aiman Atirah Al-Jundi

(Ketua Penarangan Muslimat PAS Pusat)

Eidul Adha 1429 sememangnya suatu kelainan untuk kami di Kawasan Libaran. Buat pertama kalinya PAS tampil ke kahalayak masyarakat di situ dalam bentuk Program Agihan Daging Qurban. Program ini juga dijayakan hasil daripada kerjasama dan saling bantu sahabat-sahabat di kawasan berkenaan, di samping sahabat-sahabat di Semenanjung.

AlhamduliLlah. Bagi pihak PAS Kawasan, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Pernah saya katakan kepada beberapa orang sahabat di Semenanjung, kenapa hanya beri tumpuan untuk penglibatan Ibadah Qurban di Kemboja...dan mengabaikan beberapa tempat di dalam negara sendiri. Saya tidak kata tak perlu untuk Kemboja...teruskan tapi jangan sampai kita hanya nampak Kemboja dan melupakan penduduk-penduduk miskin khususnya di Sabah dan Sarawak. Bukankah kita pernah dikejutkan dengan realiti rakyat miskin yang terpaksa makan siput babi di sana?......


Penduduk sebuah kampung tanpa mengira ideologi politik bergotong royong bersama pimpinan PAS membawa lembu ke tempat penyembelihan...


Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Saudara Imran B. Ibrahim menjalankan tugasnya untuk melaksanakan penyembelihan. Di sebelah kiri beliau ialah YDP PAS Kawasan Libaran, Saudara Muhammad Hassan Hadi.


Kanak-kanak juga berminat untuk menyertai dan memahami Ibadah Qurban, suatu peristiwa paling bersejarah dalam hidup Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s .

Tengok tu...siap pakai topi BN... syabas untuk keterbukaan PAS dan rakyat. Pakai terbalik kot ada makna lain..;)...

Sdr. Imran mengagihkan daging qurban kepada keluarga yang sudah dikenalpasti sejak awal dan dengan sisitem pemberian kupon agihan.


Penduduk kampung teruja bila melihat lambang dan tulisan PAS pada beg plastik yang digunakan. Bagi kami ia sekadar satu syiar dan membantu melazimkan lambang PAS kepada rakyat Sabah. Al maklum, sejak dulu BN sering memomokkan kepada orang Sabah bahawa PAS itu lebih kurang Jepun. So, kalau bagi PAS perintah maka seolah-olah mahu mengulangi kekejaman dan kesengsaraan hidup semasa dalam penjajahan Jepun....


Kelihatan dalam gambar di atas ialah Puan Su'aidah Ruhiyyah, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah. Turut membantu beliau ialah Puan Aza Sebbah, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Libaran.


Semoga Allah menerima ibadah qurban kita. Bagi pihak PAS di Sabah, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak melupakan saudara-saudara Islam kita di Sabah. Bantulah kami untuk membantu mereka..... Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pendokong dan penyokong PAS di Sabah untuk terus mengembleng segala kekuatan bagi MERAKYATKAN PERJUANGAN PAS. ALLAHU AKBAR!