30 Disember 2008

Ronald Timbalan Speaker patut disingkirkan.

  ibi         Keengganan Timbalan Speaker,Ronald Kiandee   yang juga Ahli Parlimen P 183 Beluran,yang berkeras menolak usul kekejaman Israel dibincangkan di Parlimen patut disangsikan dan dipersoalkan.Alasan bahawa isu kekejaman Israel telah pernah dibincangkan di Parlimen menunjukan bahawa Ronald tidak berminat berkaitan Isu permasalhan umat islam.Alasan tersebut juga mencerminkan bahawa Ronald benar-benar tidak peka kepada masalah yang menimpa umat islam.

Pada 25 Disimber 08 yang  lepas  saya telah berkesempatan ke Daerah Telupid yang mana ahli Parlimennya adalah Ronald sendiri.Apa yang saya nak kemukakan disini isu yang sekian lama telah menimpa penduduk islam daerah Telupid dan betapa ahli parlimennya tidak mengambil berat masalah penduduk islam disini.

Ketiadaan Tanah Perkuburan Islam,inilah isunya.Menurut maklumat yang saya dapati daripada beberapa orang penduduk,masalah ini telah lama berlaku dimana setiap kali berlaku kematian penduduk islam terpaksa meminta belas ihsan terlebih dahulu daripada pemegang tanah adat yang mana semua ahli jawatan kuasa  tanah adat ini terdiri dari orang yang bukan beragama islam kerana tanah perkuburan tersebut bukan dikhususkan kepada orang islam.

Sekiranya mereka tidak bersetuju maka jenazah tersebut terpaksa dikebumikan ditempat yang lebih jauh dan sekiranya mendapat persetujuan, keluarga simati dikenakan bayaran Rm 500.00.Bayangkan sekiranya ada keluarga yang tak mampu.

Tidak cukup dengan maklumat orang awam,saya menghubungi seorang ketua Jabatan yang bertanggung jawab dalam perkara ini.Apa yang saya dimaklumkan perkara ini benar-benar berlaku.Saya juga difahamkan ,sudah berkali-kali permohonan untuk mendapatkan Tanah perkuburan Islam dikemukakan namun tiada kelulusan yang dikeluarkan.

Beberapa kali perkara ini dibawa kepada mesyuarat bersama Ahli Parlimennya (Ronald)namun tiada tindakan yang dilakukan.Ini menunjukan memang benar Timbalan speaker ini tidak berminat dan tidak peka kepada masalah orang islam walaupun ditempatnya sendiri apatah lagi di Parlimen.

Oleh itu saya menyarankan kepada ahli-ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat dan juga BN agar membuat usul undi tidak percaya kepada Timbalan Speaker ini seterusnya didesak untuk meletakan jawatan.

Oleh:Imran Ibrahim:http://langkah-perjuangan.blogspot.com   

           Ketua Penerangan PAS Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan