09 Januari 2009

Pondok Sungai Durian Perkenal Pendidikan Moden.


SEBUT saja pondok terbayang rumah kecil beratap rumbia macam zaman dulu dengan kemudahan yang terhad. Begitu juga dengan pondok tempat pengajian ilmu agama, persepsi sama diberikan terutama dari segi infrastruktur.

Hakikatnya, pengajian pondok kini sudah melangkah ke fasa baru apabila sistem pendidikan serta kemudahan disediakan walaupun masih di belakang sistem sekolah berasrama penuh lain tetapi usaha dilakukan membolehkan pusat pengajian itu hampir menyamai sekolah asrama.
Contohnya, Pondok Sungai Durian (PSD) di Kampung Sungai Durian, Kuala Krai yang baru menyambut Jubli Emas penubuhannya 4 Jun lalu. Daripada pondok berkonsepkan tradisional, Pondok Sungai Durian atau nama lengkapnya Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian kini bertukar wajah.

Penasihat PSD, Dr Abdul Basit Abdul Rahman berkata, selaras perubahan masa dan keperluan pelajar, sudah tiba masanya sistem pondok yang ada sekarang ini diselaraskan dari aspek kurikulum dan sistem pelajaran.
Katanya, sistem lama seperti pengajian kitab dari kulit ke kulit masih perlu diteruskan tetapi menggunakan pendekatan baru dengan memperkenalkan peperiksaan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
"Sistem pondok tradisional ialah mengaji kitab lama dari kulit ke kulit tetapi sekarang ini tanpa sijil pelajar tidak boleh menyambung pengajian. Oleh itu, pengajian kitab lama perlu ada ujian atau peperiksaan untuk mendapatkan sijil.
"Sambutan kepada pengajian pondok tidak pernah ketandusan. Maknanya masyarakat memang mengiktiraf sistem pondok dan kerana itu saya sarankan kurikulum dan sistem pendidikan di pondok diselaraskan bagi kepentingan pelajar," katanya.
Beliau berkata, PSD melaksanakan dua sistem pembelajaran iaitu sistem pondok cara tradisional dan sistem persekolahan mengikut sukatan Yayasan Islam Kelantan (YIK) bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Sistem pendidikan tradisional diberi perhatian penting oleh pentadbir PSD kerana sistem itu berkesan untuk melahirkan generasi pelapis yang berwibawa. Sistem itu mengambil kira beberapa faktor antaranya teks pengajian daripada kitab silam dihasilkan ulama di nusantara atau ulama Timur Tengah.
Kaedah pembelajaran tradisional ialah membaca kitab dari awal hingga akhir pada setiap mata pelajaran dan setiap pelajar diwajibkan menghafal matan serta mesti memperdengarkan kepada guru masing-masing.
Pengajian mengikut sistem pondok biasanya diadakan selepas solat lima waktu setiap hari mengikut jadualnya tersendiri sebagaimana sistem persekolahan. Tetapi ia lebih berbentuk umum kerana pengajian diadakan dalam masjid pondok.
Cara pengajiannya, murid-murid akan membentuk halaqat (bulatan) mengikut pelajaran yang diajar dengan bimbingan seorang guru, atau murid akan mengikut pengajian secara umum dengan seorang guru yang mengajar berpandukan kitab tertentu.
Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan PSD berjalan selama lima hari seminggu bermula dari Ahad hingga Khamis. Setiap hari kelas bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 1 tengah hari.
Katanya, pelajar akan mengikuti tujuh mata pelajaran dalam kelas menggunakan sukatan pelajaran disediakan YIK dan pihak PSD juga membuat sedikit tambahan dalam sukatan berkenaan untuk mengimbanginya dengan sukatan pondok.
Secara keseluruhannya, mata pelajaran yang diajar di sekolah itu dibahagikan kepada tiga kategori umum iaitu Bahasa Arab, bahagian agama dan am.
Pelajar PSD akan menduduki tiga peperiksaan dalam setahun kerana PSD juga mengeluarkan sijil kepada pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir sesi pengajian (Shahadah Thanawiah). Di samping itu, pelajar tingkatan empat diwajibkan menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU) yang dikelolakan YIK.
"*****a untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kita akan minta pelajar mendudukinya secara persendirian. Syukur, kebanyakan pelajar PSD yang mengambil peperiksaan SPM secara persendirian lulus dengan baik," katanya.
Beliau berkata, sambutan terhadap pelajar pondok tidak pernah ketandusan dan itu adalah bukti jelas menunjukkan orang ramai masih percaya terhadap sistem pendidikan yang dijalankan di pondok di seluruh negara.
Permintaan terhadap graduan lulusan pondok untuk berkhidmat sebagai imam, pendakwah dan guru agama membolehkan pelajar sekolah pondok mengembangkan kerjaya sebaik mereka menamatkan pengajian.
PSD menerima pelajar berusia 13 tahun hingga 15 tahun yang berhajat menimba ilmu pengetahuan di sana. Hingga kini, ada 600 pelajar di PSD dan 350 daripadanya adalah pelajar umum.
Mengimbau sejarah penubuhan PSD yang diasaskan Allahyarham Abdul Rahman Sulaiman pada 4 Jun 1958, pondok binaan kayu itu awalnya dibina dengan bantuan penduduk kampung serta kakitangan Jabatan Perhutanan tanpa sebarang bayaran.
Asalnya pondok itu mula beroperasi di Bukit Enggong, Guchil, Kuala Krai tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke Kampung Sungai Durian kerana lokasi itu tidak sesuai dengan sistem pengajian pondok, lebih-lebih lagi dengan bilangan pelajar semakin bertambah.
Pada peringkat awalnya, PSD hanya terdiri daripada sebuah bangunan dua tingkat dengan kemudahan asas dua ruang pejabat dan perpustakaan serta lapan bilik darjah dan kantin. Kini, PSD dilengkapi kemudahan asas yang boleh menampung keperluan pelajar dan penghuninya.
Kawasan yang dahulunya hanya empat ekar, kini bertambah 12 ekar hasil pembelian tanah daripada jiran sekitar pondok. Sekembalinya Abdul Rahman Sulaiman ke rahmatullah, pentadbiran PSD diteruskan oleh generasi kedua (adik serta anak-menantu Allahyarham).
Selepas 50 tahun beroperasi, PSD melangkah maju ke depan dan mampu berdiri sebagai salah satu pusat pengajian tradisional yang masih bertahan sehingga sekarang. PSD turut menjalinkan hubungan dengan institusi pendidikan lain antaranya Kolej Sultan Ismail Petra, K olej Islam Darul Ulum (KIDU) di Kedah dan Universiti Al-Madinah Antarabangsa (Mediu) di Shah Alam.
Dr Abdul Basit berkata, sistem pendidikan pondok sekarang ini melengkapi kekurangan yang ada terutama bagi mereka yang ingin belajar kitab dan mendalami ilmu agama dalam suasana lebih sistematik serta selesa.
Justeru katanya, PSD sentiasa berusaha menyediakan kemudahan infrastruktur seperti menyediakan kemudahan asas bagi pelajar setanding sekolah berasrama lain yang mendapat bantuan kerajaan.
"Masih ada yang menggunakan pondok lama kerana asrama masih tidak mencukupi. Bagaimanapun, PSD baru melancarkan dana untuk menambah bangunan memandangkan pondok lama memang tidak sesuai," katanya.

08 Januari 2009

10 Muharram di Palestin.

 

palestin

MENYAYAT HATI... Mayat seorang kanak-kanak perempuan yang hanya nampak kepala ditemui di bawah runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan tentera Zionis di Gaza, semalam. Jgn beli barangan Amerika kerana keuntungannya disalurkan kepada Israel utk membunuh umat Islam!

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam. Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam. Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.

Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Hijrahnya Rasulullah, menandakan tamatnya segala penindasan ke atas golongan mustadafin (tertindas dan lemah) lantas membuka era baru perkembangan Islam - darinya juga bermula sebuah negara yang berlandas pimpinan Ilahiah. Namun bulan Muharam juga mengingatkan kita peristiwa besar yang terjadi dalam sejarah tamadun manusia selepas Rasulullah iaitu 10 Muharram 61 Hijrah yang menyaksikan cucu kesayangan baginda, Hussin bin Ali bersama rombongannya terbunuh di Karbala.

Jika Maal Hijrah, umat Islam bergembira, peristiwa 10 Muharam pula disaduri dengan kesedihan. Tetapi apabila disebut kita sambut 10 Muharam dengan ingatan pada peristiwa Karbala, ia sering kali dianggap suatu yang asing, sesat lagi menyesatkan. Benarkah begitu?
Kerana ia selama ini disambut dengan penuh emosi oleh pengikut Syiah dan Ahlul Bait tetapi tidak di sisi pengikut sunni amnya. Bagaimanapun tradisi di rantau ini yang Sunni begitu rapat dengan Asyura sebagaimana rapatnya masyarakat sebelah sini dengan ritual seperti tahlil dan marhaban yang didatangkan dari Hadratulmaut. Semuanya dikaitkan dengan ingatan terhadap Ahlul Bait.

Bergantung kepada budaya setempat, Asyura (versi Syiah?) disambut seperti di ibu kota Teheran, Iran; Karbala di Iraq; Lucknow, India dan Nabatiye, selatan Lebanon, malah tidak ketinggalan di serata tempat termasuk Malaysia. Hari mereka berdukacita dari 1 Muharam sampailah kepada 10 Muharam dan ia berlanjutan selama 40 hari perkabungan (Arbaen).
Ya, semua itu tiada dalam al-Quran dan Hadis nabi secara berterus terang sebagaimana sambutan Maal Hijrah. Tetapi peristiwa penjarahan kejam terhadap Hussin, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya oleh tentera Umar bin Saad di Karbala membuka lembaran sejarah kepada umat.Ia tidak seharusnya menjadi milik Syiah semata-mata tetapi ia milik seluruh umat yang cintakan perdamaian dan kebencian pada kezaliman. Kerana Ahlul Bait adalah warisan tinggalan Rasulullah buat pegangan seluruh umat selepas al-Quran.

Menyambut 10 Muharam dengan mengingati Hussin bukan bererti kita semua menjadi Syiah atau Rafidhah (sesat). Tetapi mengingati kesyahidannya di Karbala adalah sebahagian rasa cinta dan sayang pada belahan jiwa Rasulullah itu. Sebagaimana yang diulang sebut dalam tahlil kita, ''Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai Ahlul Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya" (al-Ahzab:33).

Justeru wajarkah manusia-manusia yang dibersihkan oleh Allah itu dibunuh kejam. Layakkah insan yang dikasihi Nabi diperlakukan sebegitu rupa. Umat apakah kami ini, ya Allah?
Jadi wajarkah kita tidak mempunyai secebis rasa sedih meskipun tidak beremosi bila mengenangkan sejarah hitam itu. Ketika Hussin menyaksikan dengan matanya, Ali Akbar dipanah dalam keadaan tekaknya kering kehausan. Tidak cukup itu, bayi kecil, Ali Asghar yang merengek-rengek perlukan air tetapi panah pula yang dilayang ke tubuhnya. Bagi mereka yang begitu rapat dengan sejarah itu, emosinya membuak-buak, linangan air mata tidak dapat dibendung. Kadang kala kerana faktor budaya setempat, ada yang terdorong melukakan badan mereka, mungkin ingin merasai penderitaan Hussin dan keluarganya.

Apa peliknya jika Presiden, Gamal Abdul Naser mati dibunuh Khalid Islamboli, ada juga orang Mesir meratap hingga membunuh diri, inikan cucu Nabi yang dibunuh. Jadi tidak mustahil ada yang bertindak terlalu emosi dan meluahkan segala-galanya. Namun wajarkah mereka yang dikatakan sebagai pengamal bidaah itu dihapuskan dan dihalalkan darah mereka dengan aksi letupan bom sebagaimana sering terjadi di Pakistan dan juga Iraq apabila golongan Syiah beramai-ramai keluar menyambut Asyura secara terbuka selepas puluhan tahun dihalang rejim Saddam Hussein. Seharusnya umat Islam kini tidak lagi dibebankan dengan pertelingkahan sejarah lama. Ketika ada yang marah kerana sambutan Asyura, sebenarnya Karbala moden sedang berlaku dan Asyura terus menangis.

Bumi Gaza dibedil, dijarah sejak 27 Disember lalu. Serangan darat yang telah dimulakan oleh tentera Zionis tidak mengenal kanak-kanak, bayi dan wanita. Sasarannya membabi buta - masjid, hospital dan pasar. Tentera rejim itu tiada bezanya dengan kejamnya Umar bin Saad atau Syamir bin Dzi Al-Jausyan ketika di Karbala. Keadaannya juga sama, jika tiada seorang pun penduduk Kufah yang berani melawan kezaliman tentera Umayyah untuk menyelamatkan Hussin yang sepatutnya mereka baiah sebagai pemimpin dan ikutan.

Begitu juga Gaza, tiada penguasa atau negara yang mampu melawan Israel. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) tidak mampu berbuat apa-apa meskipun Palestin adalah isu yang melibatkan sama ada Sunni atau Syiah. Kita hanya mampu berdemonstrasi, melaung-laungkan ''Jahanam-jahanam Israel, Hidup-Hidup Islam' atau Hancur Amerika! dan setidak-tidaknya hulurkan bantuan kemanusiaan. Itu semua sekadar tindakan ad-hoc untuk Palestin.

Selepas itu, masing-masing pulang ke rumah boleh bersuka ria dan bergelak ketawa di bulan Muharam ini. Tetapi Asyura membuatkan penderitaan Palestin terasa dekat di hati. Ahli sejarah al-Makrizi dalam al-Khuthath sebagaimana yang dipetik dari tulisan Jalaluddin Rakhmat menyebut; ''Dinasti Fatimiah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (mengenang kematian Hussin di Karbala)… Ketika Bani Ayub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira… Melanjutkan tradisi orang Syam yang dirintis oleh Al-Hajjaj pada zaman Abdul Malik bin Marwan.''

Untuk catatan sepanjang ratusan tahun Hijrah, mimbar masjid di zaman Umaiyah disuruh mengutuk Imam Ali sehinggalah ia ditamatkan oleh Khalifah Umar al-Abdul Aziz yang mengubahnya kepada kalimah ''Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu kepada keadilan dan ihsan.'' Jalaluddin dalam bukunya, Meraih Cinta Ilahi,Pencerahan Sufistik mengungkapkan setiap kali Asyura, pengikut Ali di Karbala merekonstruksi peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. Mereka berteriak, ''Setiap hari adalah Asyura dan setiap bumi adalah Karbala. Kita baca ungkapan itu sebagai ''Setiap hari adalah perjuangan dan di mana saja kita berpijak itulah bumi perjuangan," Selawat…

Kezaliman:
Lantas Asyura bukan sekadar menjadi lambang penentangan kezaliman pemerintah dalam dinasti Umaiyah. Memandangkan Khilafah ketika itu mendokong aliran sunnah maka ada pihak yang menganggap sambutan Asyura adalah lambang penentangan kepada sunni.
Namun sebenarnya Asyura adalah sumbu penolakan kepada sebarang kekejaman dan penindasan ke atas mustadafin. Gelombang semangat Asyura jugalah satu ketika dulu menumbangkan Syahansyah Reza Pahlawi atau Shah Iran oleh pendukung garisan Imam Khomeini, meskipun raja segala raja itu adalah Syiah.

Sambutan Asyura tahun demi tahun itulah menyalakan semangat penentangan ke atas tentera Israel oleh Hizbullah, pimpinan Hassan Nasrallah yang mengisytiharkan kemenangan dalam perang 34 hari dengan rejim itu pada 2006. Dan Hizbullah secara jelas mengiktiraf kepimpinan wilayah al-faqih di Iran. Dengan semangat menentang kezaliman itulah juga Presiden George Bush dimalukan oleh wartawan, Muntazer al-Zaidi, seorang Syiah dengan lontaran jamrah 'kasut but' saiz 10 itu.

Oleh itu, apabila membaca sejarah Karbala, ia sebenarnya terlalu dekat dengan apa yang telah berlaku sekarang dan mengajak kita berfikir bagaimana harus dilakukan untuk merubah nasib umat. Asyura adalah menyatakan rasa sedih dan meluahkan kecintaan mendalam pada Hussin dan ahli keluarganya, sebagaimana Nabi pernah menyatakan rasa sedemikian rupa pada cucunya itu.-Karya Asal : Cinta Asyura dan Karbala .

06 Januari 2009

PRK Kuala Terangganu: Tiga Calon Sah Bertanding.

Pertandingan bagi merebut kerusi pilihan raya kecil Kuala Terengganu menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS dan bebas.

Mereka adalah Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endot (PAS) dan calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pengesahan calon-calon yang bertanding itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

Proses penamaan calon selama sejam bermula pukul 9 pagi tadi, diikuti dengan sesi bantahan juga selama sejam berakhir pukul jam 11 pagi.

Dalam proses penamaan calon tersebut, Wan Ahmad Farid telah dicadang oleh Mohd Sabri Alwi dan disokong oleh Wong Foon Meng.

Sementara itu, Mohd Abdul Wahid dicadangkan oleh Datuk Mustafa Ali dan disokong oleh Md. Azmi Lok Yusof.

Azharuddin pula telah dicadangkan Ahmad Affendi Shah Mamat @ Adam dan disokong oleh Zakaria Abdullah. Azharuddin, 56, merupakan seorang ahli perniagaan.

Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

PAS mengemukakan dua bantahan terhadap calon BN tetapi ditolak oleh Pegawai SPR.

04 Januari 2009

Kekejaman Yahudi kepada Umat Palestin apa reaksi kita?

Derita Gaza 2

        Seluruh umat islam dunia berdukacita dengan perstiwa ini, semuanya marah dengan kekejaman tentera Israel,tanpa belas kasihan mereka membunuh sesiapa sahaja,tak kira kanak- kanak,orang tua mahupun wanita.

Memang begitulah sikap yahudi seperti yang telah Allah SWT  wahyukan didalam kitab suci Al-Quran.Selagi umat islam tidak mengikuti mereka,selagi itulah mereka akan memusuhi dan memerangi umat islam.

Bagaimana pula reaksi kita dalam perkara ini?adakah sekadar melihat ,marah,atau hanya mendiamkan diri sahaja? Ingatlah pesan Rasulullah SAW,tidak akan masuk syurga orang yang tidak mengasihi saudaranya sendiri,dan setiap orang Islam diantara kamu  adalah bersaudara.

Atas keterbatasan kita untuk memberikan bantuan kepada umat palestin,marilah sama-sama kita membuat solat hajat samada secara bersendirian ataupun secara berjemaah semoga allah menghancurkan yahudi yang zalim dan memberikan perlindungan kepada Umat palestin.

 

Oleh: Imran Hj Ibrahim/04.01.09-(3.48pm)

Mana wang royalti 7 billion?

Ditulis oleh JITP

SUNDAY, 04 JANUARY 2009 10:53

Kuala Terengganu - Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution mendedahkan kepada orang ramai ketika berceramah di Kg Ladang Mengabang, bahawa wang royalti kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 ialah sebanyak 7 bilion. Ini disebut sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B. Senator Tan Sri Amirsham bin A. Aziz di persidangan dewan rakyat ketika menjawab soalan Dr Wan Azizah yang menjadi ketua pembangkang ketika itu.

Persoalannya apakah perubahan yang dibuat oleh UMNO kepada Terengganu selepas mendapat wang royalti tersebut. Apakah yang rakyat dapat hasil daripada wang royalti tersebut.

Idris Jusoh ketika menjadi menteri besar, di lihat gagal membuat perubahan kepada rakyat walaupun mendapat bantuan terus daripada kerajaan pusat. Beliau hanya mampu membuat projek-projek mega yang tidak membawa manfaat kepada rakyat. Projek-projek besar seperti Monsoon Cup dan Masjid Kristal hanya mengenyangkan orang-orang tertentu. Antara yang mendapat manfaat ialah Wan Hisham, abang kepada Wan Farid sendiri.

Mat Said yang menjadi menteri besar sekarang sendiri pernah mengakui, kerajaan negeri di bawah pemerintahan Idris Jusoh banyak membazir.

Perselisihan antara Mat Said dan Idris Jusoh bermula apabila Sultan memilih Mat Said sebagai Menteri Besar yang baru selepas pilihanraya umum ke-12 2008. Perselisihan itu dikatakan berterusan sehingga kini, apabila Idris jusoh dan pengikut-pengikutnya dikatakan tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Farid sebagai calon BN.

Selepas Datuk Razali meninggal dunia, Umno Terengganu telah buat satu perjumpaan tetapi Idris dan pengikut-pengikutnya dikatakan tidak menghadiri perjumpaan tersebut. Wan Farid yang asalnya juga merupakan pengikut Idris beralih menjadi penyokong Mat Said, Akhirnya beliau dapat menjadi calon untuk pilihanraya kecil di Parlimen Kuala Terengganu.

02 Januari 2009

Abdul Wahid Endut calon PAS untuk PRK Kuala Terangganu.

Khairul Azlam dan Intan Abdullah
Thu | Jan 01, 09 | 11:05:26 pm MYT

KUALA TERENGGANU, 1 Jan 2009 (Hrkh) - Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam Abdul Wahid Endut diumumkan sebagai calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pada 17 Januari nanti.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebentar tadi di Stadium Negeri yang dihadiri lebih 10,000 penyokong.

Turut hadir sama dalam majlis penting itu Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden PAS Mohammad Sabu, Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan beberapa pimpinan PAS Pusat yang lain.

Manakala di peringkat negeri dihadiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Dato' Mustafa Ali, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dato' Wan Mutalib Embong, Adun Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Nawawi dan saf kepimpinan negeri.

Abdul Wahid, 52 tahun adalah ADUN sejak lima penggal, lulusan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dalam bidang perikanan dan sains marin. Beliau memiliki rekod yang cemerlang sebagai Adun atau Exco selama sepenggal dan sebagai Adun pembangkang.

Wahid dianggap sebagai anak didik Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali kerana kerusi Wakaf Mempelam yang beliau wakili kini adalah kerusi yang dimenangi oleh Mustafa ketika PAS melakukan 'comeback' di Terengganu pada tahun 1982.

Parlimen Kuala Terengganu mempunyai 4 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana 3 daripadanya dimenangi oleh PAS manakala 1 DUN dimenangni BN (MCA)

DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS ialah Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Ladang (Tengku Hassan Tnegku Omar), dan Batu Buruk (Dr. Syed Azman Ahmad Nawawi)

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen P036 berikutan kematian mengejut penyandangnya, Dato Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Oktober lalu.

Pada PRU ke-12, 8 Mac 2008 lalu Dato' Razali calon BN menang tipis dengan majoriti 628 undi menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu ialah 80,229 orang termasuk 1,035 pengundi pos. - azm _

Ziarah ke rumah isteri tahanan ISA Tawau Sabah.

Suaidah Ruhiyyah
Thu | Jan 02, 09 | 12:16:36 pm MYT

           Sudah lama aku menyimpan hasrat untuk menziarahi mereka. Sebagai Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Sabah dan Dewan Muslimat Sabah, aku merasa suatu tanggungjawab yang sangat besar yang sedang ku pikul. Alhamdulillah, apabila mesyuarat ditetapkan di Tawau, aku fikir inilah peluang terbaik bagiku untuk menemui mereka.

Sengaja tidak memaklumkan lebih awal sebagaimana biasa sekiranya sesiapa berhasrat menziarah mereka. Aku dimaklumkan selalunya mereka keberatan menerima tetamu lebih-lebih lagi dari PAS. Mungkin kerana fitnah daripada pihak polis cawangan khas (SB) yang mengelirukan mereka.

Alhamdulilah...taktik kali ni berjaya dengan izin Allah menemukan aku dengan isteri-isteri tahanan ISA di Tawau. Ternyata mereka tidak banyak berbeza daripada isteri-isteri di Sandakan. Cuma saja mereka agak beruntung kerana ada yang mempunyai pekerjaan dan keluarga memberi sokongan. Image

Pun begitu, ketika tiba di destinasi yang pertama, rumah di bawah kolong yang dihuni oleh Azlina dan 3 orang anaknya, aku terasa sebak. Maklum, aku juga seorang wanita, isteri dan ibu. Lebih-lebih lagi apabila Azlina menceritakan yang suaminya ditahan ketika dia mengandung 6 bulan anak yang kini berusia 2 tahun. Spontan aku yang juga sedang membawa kandungan berusia 6 bulan terasa keperitannya�

Selesai memberikan sedikit penerangan dan memaklumkan tentang sumbangan pihak Harakah dan GMI kepada mereka, rombongan kami meneruskan perjalanan ke rumah isteri seterusnya, Normahal. Tiba di destinasi kali ini, aku agak lega melihat rumah yang diduduki oleh keluarga ini. Sempurna pada penglihatanku. Rupanya dimiliki oleh kawan lepada suazi Normahal.

Aku lihat papan putih untuk mengajar anak-anak terlekat di dinding rumah. Anak-anak Normahal sibuk mewarna. Ketika aku bertanya kalau mereka masih ingat ayah. Masing-masing nampak keliru. Entah apa yang sedang difikirkan mereka. Apa yang kulihat ternyata Normahal pula yang bergenang air mata menehan rasa yang dipendam sekian lama. Ah ! Jangan gugur dulu air mataku...aku harus kuat untuk memberi sokongan pada mereka. Image

Ketika ku tanyakan umurnya, ternyata Normahal baru berusia 26 tahun. Sekali lagi aku meletakkan diriku pada tempatnya dengan usia 26 tahun.Kadang-kadang hidup ini terlalu kompleks kalau tidak saja diletakkan segala persandaran kepada Allah.Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuanNya. Setelah lebih kurang setengah jam, aku dan rombongan meminta diri untuk meneruskan perjalanan...sempatku tinggalkan kad nama dengan pesanan supaya terus menghubungi aku bila-bila masa.

Jarak lebih kurang 350km dengan tempat aku menetap menyukarkanku untuk selalu menziarahi mereka separti isteri-isteri di Sandakan...semoga Allah mengampunkan aku yang tak mampu memikul tanggungjawab seberat ini. Aku juga sempat berpesan kepada Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat yang menetap di Tawau supaya selalu menjenguk mereka dan menjadikan mereka teman akrab, bukan sekadar �mangsa� yang memerlukan perhatian.

Seterusnya aku dibawa masuk ke kawasan Flat Guru di SMK Kinabutan, Tawau. Nak menemui Kak Rusiah. Isteri tahanan ISA yang juga seorang guru. Sunyi flat guru ni, maklumlah cuti sekolah. Tapi mereka sekeluarga lebih selesa di sini. Mesra kak Rusiah menyambut kedatangan kami. Rumah tersusun rapi, menggambarkan kehidupan seorang guru yang berdisiplin. Anak-anak kak Rusiah masuk ke bilik. Senyap. Jarang-jarang ku lihat suasana begini di rumah isteri-isteri tahanan. Rak buku pun tersusun rapi.

Perit apabila 3 tahun tanpa suami

Rupanya kak Rusiah sedang melanjutkan pelajaran. Ambik PJJ katanya. "Kalau suami kakak tak bebas juga agaknya kakak teruskan lagi ambik Master". Sempat kak Rusiah bergurau. Bukan apa katanya, supaya sibuk dan tak sempat memikirkan ketiadaan suami tersayang...Kelakar, mesra tapi ku lihat matanya masih memendam suatu rasa yang hanya di mengetahuinya...

Bersama 5 orang anak, kak Rusiah meneruskan hidup. Baginya dia jauh bernasib baik berbanding mangsa-mangsa yang lain. 3 tahun tanpa suami memang perit, tapi itulah bahagian baginya ketika ini. "Tatkala ada jiran di hadapan rumah kematian suami kerana kemalangan, kakak masih boleh mengharap kepulangan suami. Kakak yakin semua ini ada hikmah yang sangat besar. Insya-Allah.� Sekali lagi aku kaku menahan rasa. Kerana ketabahan inilah Allah memilih dia.

Aku yakin ujian ini membuat kak Rusiah ibu berumur 38 tahun ini semakin bijak dan matang menangani hidup. Aku dimaklumkan guru-guru lain memberi kerjasama yang baik. Sehinggakan jadual pembelajaranpun dapat disesuaikan dengan masa menghantar dan mengambil anak di sekolah. Syukur...masih ada yang sayang...

Selesai solat Maghrib di rumah kak Rusiah kami memohon diri. Sempat menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang memberi sumbangan dan apa juga bantuan kepada mereka khususnya Harakah dan GMI.

Keletihan semakin terasa. Anak di dalam perut bergerak aktif. Pinggangku dah terasa berdenyut. Mungkin letih sejak mesyuarat pagi tadi. Takpe nak�ini sajalah yang mampu ummi buat. Mudah-mudahan naluri yang baik akan kamu warisi dewasa kelak. Melihat ketabahan dan segala bentuk kehidupan mereka, aku insaf betapa besarnya anugerah Allah untukku sekeluarga. Alhamdulillah�ya Allah. Ampunkan kami atas segala dosa dan kederhakaan kami sepanjang kami memikul tanngungjawab sebagai khalifahMu di atas muka bumi ini�.

Kereta kami bergerak lagi. Kak Halimah sedang menanti kedatangan kami. Aku terpaksa memaklumkan kedatangan kami untuk bertanya alamat rumah. Alhamdulillah dapat juga aku menemui dia. Menurutnya, dia mengusahakan kedai jahitan untuk menampung keluarga. 2 orang anaknya sudah berusia 13 dan 17 tahun. Baru-baru ni awal cuti sekolah mereka tiga beranak sempat menziarah suaminya di Kamunting. Aku sempat melihat gambar terbaru suaminya. Nampak kurus berbanding gambar sebelum ditahan.

Kak Halimah bersama anak-anaknya tinggal di kawasan perumahan flat yang masih dalam proses pembayaran. Alhamdulillah ada juga tempat berteduh. Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Kami memohon diri. Ini rumah yang terakhir untuk kami ziarah. Lega�tercapai juga hasratku kali ini. Semoga perjalanan ini membawa bersama hidayah dan kasih-sayang Allah buat mereka yang ku tinggalkan dan yang ku temui. Segala puji bagiMu ya Allah�. - azm

Ketua Pengarang Harakah dan HarakahdailyAhmad Lutfi Othman dan Team Harakah akan berkunjung semula ke Sabah untuk menyampaikan sumbangan orang ramai dalam jangka masa terdekat. Oleh itu, jika ada yang prihatin dan simpati kepada keluarga mangsa ISA bolehlah majukan dana dan sumbangan kepada HARAKAHDAILY DOT COM akaun Maybank 564070000336) _

30 Disember 2008

Ronald Timbalan Speaker patut disingkirkan.

  ibi         Keengganan Timbalan Speaker,Ronald Kiandee   yang juga Ahli Parlimen P 183 Beluran,yang berkeras menolak usul kekejaman Israel dibincangkan di Parlimen patut disangsikan dan dipersoalkan.Alasan bahawa isu kekejaman Israel telah pernah dibincangkan di Parlimen menunjukan bahawa Ronald tidak berminat berkaitan Isu permasalhan umat islam.Alasan tersebut juga mencerminkan bahawa Ronald benar-benar tidak peka kepada masalah yang menimpa umat islam.

Pada 25 Disimber 08 yang  lepas  saya telah berkesempatan ke Daerah Telupid yang mana ahli Parlimennya adalah Ronald sendiri.Apa yang saya nak kemukakan disini isu yang sekian lama telah menimpa penduduk islam daerah Telupid dan betapa ahli parlimennya tidak mengambil berat masalah penduduk islam disini.

Ketiadaan Tanah Perkuburan Islam,inilah isunya.Menurut maklumat yang saya dapati daripada beberapa orang penduduk,masalah ini telah lama berlaku dimana setiap kali berlaku kematian penduduk islam terpaksa meminta belas ihsan terlebih dahulu daripada pemegang tanah adat yang mana semua ahli jawatan kuasa  tanah adat ini terdiri dari orang yang bukan beragama islam kerana tanah perkuburan tersebut bukan dikhususkan kepada orang islam.

Sekiranya mereka tidak bersetuju maka jenazah tersebut terpaksa dikebumikan ditempat yang lebih jauh dan sekiranya mendapat persetujuan, keluarga simati dikenakan bayaran Rm 500.00.Bayangkan sekiranya ada keluarga yang tak mampu.

Tidak cukup dengan maklumat orang awam,saya menghubungi seorang ketua Jabatan yang bertanggung jawab dalam perkara ini.Apa yang saya dimaklumkan perkara ini benar-benar berlaku.Saya juga difahamkan ,sudah berkali-kali permohonan untuk mendapatkan Tanah perkuburan Islam dikemukakan namun tiada kelulusan yang dikeluarkan.

Beberapa kali perkara ini dibawa kepada mesyuarat bersama Ahli Parlimennya (Ronald)namun tiada tindakan yang dilakukan.Ini menunjukan memang benar Timbalan speaker ini tidak berminat dan tidak peka kepada masalah orang islam walaupun ditempatnya sendiri apatah lagi di Parlimen.

Oleh itu saya menyarankan kepada ahli-ahli parlimen daripada Pakatan Rakyat dan juga BN agar membuat usul undi tidak percaya kepada Timbalan Speaker ini seterusnya didesak untuk meletakan jawatan.

Oleh:Imran Ibrahim:http://langkah-perjuangan.blogspot.com   

           Ketua Penerangan PAS Sabah.

28 Disember 2008

Selamat menyambut Awal Muharram 1430 Hijrah

            Salam Maal Hijrah kepada semua kaum muslimin dan muslimat.Marilah kita sama-sama berdoa semoga tahun hijrah yang baru ini Allah swt meningkatkan iman kita,diberikan taufik dan hidayah kepada semua ahli keluarga kita,sahabat handai dan seluruh kaum muslimin dan muslimat.Di ampunkan segala dosa-dosa dan diangkat segala amalan serta diterima oleh Allah swt sebagai amalan yang ikhlas.

Kita juga memohon kepada Allah swt,agar kita dihindarkan dari semua bala bencana,kesusahan,kemunduran,kemalaratan, penyakit yang berjangkit dan yang paling utamanya negara Malaysia yang kita cintai ini sentiasa aman dan makmur serta satu masa nanti dikurniakannya pemimpin yang beriman dan bertaqwa.

AMALAN PADA 1 DAN 10 MUHARRAM

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah; “Sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Kelebihan Hari Assyuuraa'& Amalan Pada 30 Zulhijjah & 1 Muharram.

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;

Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram,  maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat;  dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa',  maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah,  dan 10,000 orang mati syahid;  dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat.  Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa',  maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya;  Ya,  Rasulullah,  Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.

Jawab Rasulullah:  Benar!.

  • Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
  • dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
  • dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
  • dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
  • dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
  • dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
  • dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
  • dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
  • dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
  • dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'
Peristiwa 10 Muharram

10 Muharram - Dinamakan juga Hari Asyura. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10  Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?"  Sabdanya :

  1. ALLAH menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya
  2. ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
  3. Diciptakan lautan pada 10 Muharram
  4. Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
  5. Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram
  6. Diciptakan Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
  7. Dimasukkan Nabi Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
  8. Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
  9. Diselamatkan Nabi Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
  10. Diselamatkan anaknya Nabi Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
  11. Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
  12. Diampunkan kesilapan Nabi Daud a.s. pada 10 Muharram
  13. Dilahirkan Nabi Isa a.s. pada 10 Muharram
  14. Dikeluarkan Nabi Yunus a.s. daripada perut ikan Nun setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram
  15. Disembuhkan penyakit Nabi Ayub a.s. pada 10 Muharram
  16. Diangkat Nabi Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
  17. Diterima taubat Nabi Adam a.s. pada 10 Muharram
  18. Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Nabi Sulaiman a.s.
  19. Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
  20. Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
  21. Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
  22. Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.pada 10 Muharram

Peristiwa lain

  1. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  2. Diangkat Nabi Idris a.s. ke langit pada 10 Muharram
  3. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  4. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.
  5. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  6. Allah menjadikan 'Arasy.
  7. Allah menjadikan alam.
  8. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam.  Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya.  Maka ia berpuasa syukur;  dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil.  Maka mereka berpuasa;  kerana itu jika dapat;  engkau berpuasalah pada  hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa',  maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Sufyan berkata;  Telah kami cuba,  maka rasakan kebenarannya.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah,  mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa';  maka tanya kepada mereka tentang itu.  Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s.  dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya.  Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini".  Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu".  maka Nabi SAW.  menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata; Dinamakan  Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.  Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan;

  1. Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
  2. Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
  3. Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
  4. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
  5. Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
  6. Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
  7. Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
  8. Allah menenggelamkan Fir'aun
  9. Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
  10. Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Semua ini terjadi pada hari Assyuuraa'.  Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Assyuuraa' kerana ia kesepuluh dari kemulian-kemulian yang diberikan Allah pada umat ini. Bulan Rejab.  Allah menjadikannya sebagai kemuliaan nagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat-umat ini atas lain-lain umat.

  1. Bulan Sya'baan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW. atas semua Nabi.
  2. Bulan Ramadhan Allah melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah terhadap semua makhluk.
  3. Lailatul qadr yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.
  4. Hari Idul Fitri sebagai hari pembalasan(penerimaan upah)
  5. Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah.
  6. Hari Arafah yang dosanya dapat menebuskan dosa dua tahun.
  7. Hari Idul Adha iaitu hari berqurban.
  8. Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.
  9. Hari Assyuuraa' yang puasanya dapat menebus satu tahun dosa.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama;

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Barangsiapa yang  berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah  pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (Riwayat Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang  puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura.(Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam  dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - Riwayat Al Baihaqi

2.  Amalan Pada Akhir Tahun dan 1 Muharram.

Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

Selepas sholat subuh pada 1 Muharram digalakkan kita membaca Ayatul Kursi sebanyak 360 kali dengan membaca Isim Bismillahirrahmaa nirrahim pada setiap kali bacaan.  Insya Allah barangsiapa yang mengamalkannya,  akan diberikan keselamatan dan pemeliharaan dari sebarang musibah dan kesempitan rezeki. Sesudah selesai hendaklah dibacakan doa berikut sebanyak 3 kali.

Berkata para ulama' salaf, empat belas (14 ) malam yang afdhal dihidupkan:

  1. Malam Awal Muharram
  2. Malam 10 Muharram
  3. Malam Awal Rejab
  4. Malam 15 Rejab
  5. Malam 27 Rejab
  6. Malam 15 Sya'ban
  7. Malam Arafah
  8. Malam 1 Syawal
  9. Malam 10 Zulhijjah
  10. Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)

Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:

a) Qiamullail     b) Membaca Al-Quran c)  Zikir

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

"Sesiapa yang melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

"Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan  Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram" . 

Semoga Allah melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram di alaf baru ini dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya,  Siddiqin,  Aulia Allah dan orang-orang Sholihin. Semoga tahun ini akan lebih baik dari  tahun yang lepas dalam kontek kita mendekat diri dengan sumber segala  kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan daripada Allah SWT, Insya -Allah

24 Disember 2008

Zahar sertai PAS,kempen di KT

Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 10:48am

kemaskini 5pm Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - secara rasmi menyertai PAS hari ini.
Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.
Turut hadir pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.
umno zahar join pas 241208 shake hand.jpgZahar (foto) digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.
Zahar juga menyumbangkan pejabat Umno bahagian - dipercayai milik beliau sendiri - kepada PAS kawasan tersebut.
Pejabat itu, yang telah ditutup selama tiga minggu, akan dibuka semula besok dan kakitangan di situ akan turut bekerja bagi pihak parti barunya.
Zahar berkata beliau akan bersama jentera PAS untuk membantu kempen pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, yang berlangsung antara 6 sehingga 17 Januari ini.
Tambahnya, beliau akan mula berkampung di kawasan itu sepanjang kempen mulai 5 Januari, sehari sebelum penamaan calon.
Kapten tentera bersara juga menafikan tindakan penggantungan yang diambil oleh Majlis Tertinggi Umno pada 2 Disember lalu sebagai punca yang menyebabkan beliau melompat parti.

PAS lebih baik...
Sejak keputusan pilihanraya umum 8 Mac lepas yang menyaksikan ketewasan besar BN di beberapa negeri termasuk Selangor, kata Zahar lagi, beliau bersama para penyokongnya sering memikirkan untuk meninggalkan Umno.

umno zahar join pas 241208 hasan ali and nasharuddin.jpgDalam ucapannya, Zahar berkata, beliau tidak lagi menghormati pemimpin tertinggi Umno kerana keputusannya tidak mengambil kira kepentingan dan kehendak rakyat, khasnya orang Melayu.
Katanya, PAS dan Umno adalah sama tetapi PAS lebih baik dari Umno.
"Umno hari ini banyak berbeza dengan Umno yang saya sertai 26 tahun lalu," katanya.
Menurut Zahar lagi, tahun lalu beliau ditawarkan mengambil alih jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, untuk menggantikan Tan Sri Onn Ismail yang uzur, tetapi beliau menolaknya.
"Saya tiga kali berturut-turut ditawarkan bertanding dalam pilihanraya umum, saya juga menolaknya kerana perlu memberi peluang kepada pemimpin lain di peringkat bahagian," katanya.
Sementara itu Nasharuddin (foto, kanan) ketika berucap di majlis tersebut berkata, program pertama Zahar sebagai ahli PAS ialah menemui presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila dalam masa terdekat.
"Zahar sudah bersama kita sekarang sebagai jentera penggerak dan anggota parti untuk membela bangsa, agama dan negara.

Zahar ke KT
"PAS bergerak di Selangor kerana hendak melaksanakan perubahan untuk membela orang Melayu dan orang bukan Melayu," katanya.
Manakala Dr Hasan (foto, kiri) dalam ucapannya berkata, Zahar dan yang lain-lainnya menyertai PAS bukan untuk mendapat projek dan kekayaan.
Tetapi, katanya, mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredhaan Allah.
"Walaupun PAS kalah dalam pilihanraya, ahli PAS tetap bertambah. Kini sudah (mencecah) satu juta orang," katanya.
Dr Hasan juga berkata, Zahar akan turun ke Kuala Terengganu pada 5 Disember sehingga selepas pilihanraya kecil tersebut.

Sumber- Malaysiakini.