Aiman Atirah Al-Jundi
(Ketua Penarangan Muslimat PAS Pusat)
Eidul Adha 1429 sememangnya suatu kelainan untuk kami di Kawasan Libaran. Buat pertama kalinya PAS tampil ke kahalayak masyarakat di situ dalam bentuk Program Agihan Daging Qurban. Program ini juga dijayakan hasil daripada kerjasama dan saling bantu sahabat-sahabat di kawasan berkenaan, di samping sahabat-sahabat di Semenanjung.
AlhamduliLlah. Bagi pihak PAS Kawasan, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Pernah saya katakan kepada beberapa orang sahabat di Semenanjung, kenapa hanya beri tumpuan untuk penglibatan Ibadah Qurban di Kemboja...dan mengabaikan beberapa tempat di dalam negara sendiri. Saya tidak kata tak perlu untuk Kemboja...teruskan tapi jangan sampai kita hanya nampak Kemboja dan melupakan penduduk-penduduk miskin khususnya di Sabah dan Sarawak. Bukankah kita pernah dikejutkan dengan realiti rakyat miskin yang terpaksa makan siput babi di sana?......
Penduduk sebuah kampung tanpa mengira ideologi politik bergotong royong bersama pimpinan PAS membawa lembu ke tempat penyembelihan...
Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Saudara Imran B. Ibrahim menjalankan tugasnya untuk melaksanakan penyembelihan. Di sebelah kiri beliau ialah YDP PAS Kawasan Libaran, Saudara Muhammad Hassan Hadi.
Kanak-kanak juga berminat untuk menyertai dan memahami Ibadah Qurban, suatu peristiwa paling bersejarah dalam hidup Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s .
Tengok tu...siap pakai topi BN... syabas untuk keterbukaan PAS dan rakyat. Pakai terbalik kot ada makna lain..;)...
Sdr. Imran mengagihkan daging qurban kepada keluarga yang sudah dikenalpasti sejak awal dan dengan sisitem pemberian kupon agihan.
Penduduk kampung teruja bila melihat lambang dan tulisan PAS pada beg plastik yang digunakan. Bagi kami ia sekadar satu syiar dan membantu melazimkan lambang PAS kepada rakyat Sabah. Al maklum, sejak dulu BN sering memomokkan kepada orang Sabah bahawa PAS itu lebih kurang Jepun. So, kalau bagi PAS perintah maka seolah-olah mahu mengulangi kekejaman dan kesengsaraan hidup semasa dalam penjajahan Jepun....
Kelihatan dalam gambar di atas ialah Puan Su'aidah Ruhiyyah, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah. Turut membantu beliau ialah Puan Aza Sebbah, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Libaran.
Semoga Allah menerima ibadah qurban kita. Bagi pihak PAS di Sabah, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak melupakan saudara-saudara Islam kita di Sabah. Bantulah kami untuk membantu mereka..... Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pendokong dan penyokong PAS di Sabah untuk terus mengembleng segala kekuatan bagi MERAKYATKAN PERJUANGAN PAS. ALLAHU AKBAR!

Jolly Shandy: Arak Alaf Baru yang mengelirukan !!!

Presiden Kesatuan Eropah,Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.
Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.
Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech,Poland, Hungary,Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom,Belgium, Romania,Italy,Denmark dan Findland .
Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.
Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.
Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.
Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.
Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.
“Sebab itulah kini,kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,”ujar beliau.
Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.
Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.
“Islam melarang duit membuat duit,mana boleh kita duduk diam-diam,duit datang berterusan,itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah,kenderaan dan komputer,mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini,”katanya lagi.
Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini,namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi,minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.
Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.
“Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya,”ujar beliau.
Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar,Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak,mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu.

















